Home » Hajiji terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia 
Berita Tempatan Politik

Hajiji terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia 

Hajiji (kanan) menyampaikan cenderahati kepadaPesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia yang baharu Ailsa Terry sempena kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia yang baharu Ailsa Terry mengadakan membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu di sini semalam.

Ailsa yang menggantikan Charles Hay pada Ogos tahun lepas, pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan (FCDO) dari 2022 hingga 2023.

Dalam pertemuan itu, antara isu yang dibincangkan ialah mengukuhkan lagi hubungan, meningkatkan perdagangan dan pelaburan daripada syarikat British di Sabah, membawa universiti British untuk membuka cawangan di Sabah, program ijazah berkembar dengan Kolej Universiti Yayasan Sabah, keselamatan dan pelancongan.

Beliau yang turut fasih berbahasa Melayu diiringi oleh Setiausaha Kedua (Politik) Suruhanjaya Tinggi British Robert Pepper dan and Konsul Kehormat British di Sabah David Powell.








— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment