Home » Sabah perlu parti tempatan yang kuat
Politik Sudut Pandangan

Sabah perlu parti tempatan yang kuat

Parti tempatan yang menterjemahkan aspirasi dan denyut nadi rakyat Sabah adalah Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi parti-parti komponennya seperti Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), STAR, PBS , SAPP dan lain-lain.

JANGAN salahkan jika parti Nasional bertapak di Sabah. Keadaan itu berlaku kerana keputusan rakyat Sabah sendiri, tidak yakin dengan parti tempatan.

Tidak yakin dengan parti tempatan, bermakna juga tidak yakin dengan pemimpin sendiri. Ironinya parti nasional yang bertapak itu dipimpin oleh pemimpin negeri.

Apakah satu syarat pemimpin negeri menjadi pemimpin parti nasional hanya diyakini? Apakah pemimpin itu seperti Datuk Bung? Datuk Salleh, Datuk Rahman? Atau pemimpin daripada DAP? maka dikira lebih baik berbanding pemimpin negeri yang memimpin parti tempatan seperti Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, Datuk Seri Panglima Masidi, Datuk Seri Panglima Dr Jeffery dan ramai lagi?

Rakyat perlu sedar dan faham kekuatan mana-mana parti atau pemimpin terletak pada sokongan rakyat. Kuatnya sokongan rakyat maka kuat lah parti dan pemimpin itu. Ertinya kekuatan parti politik tiada kait mengait dengan asal parti itu.

Rakyat Sabah jangan bergantung pada selera seperti mana yang lalu-lalu, akan tetapi pilihan perlu berpandukan masa depan negeri dan rakyatnya.

Apa yang rakyat perlu sedari antara parti lokal dan nasional adalah daripada segi kelebihan. Kelebihan memahami denyut nadi rakyat.

Rakyat Sabah telah merasai berdekad-dekad menyokong parti nasional, faktanya, apa yang diharapkan untuk dirasai menjadi mimpi ngeri, kerana kemudahan asas pun tidak dapat disediakan dengan sempurna.

Kerana mentaliti tiada keinginan agar rakyat negeri menikmati kemudahan asas yang diperlukan sebagai rakyat merdeka, maka pemimpin negeri yang diberi tanggungjawab menyelesaikan masalah kemudahan asas dengan peruntukan berbilion ringgit suatu ketika lalu, sementara peruntukan habis, akan tetapi tidak membawa apa-apa perubahan di lapangan, dan ianya dirasai sehingga sekarang.

Mengapa keadaan demikian berlaku, tujuannya agar rakyat sentiasa mengharap dan mengharap bulan jatuh ke riba.

Betapa tingginya harapan diberi, sehinggakan Sabah diberi jolokan simpanan tetap. Simpanan tetap, membawa erti tidak langsung, bahawa rakyat tiada kemampuan berfikir.

Untuk membuktikan rakyat Sabah boleh berfikir, dapat menentukan hala tuju sendiri, maka telah tiba masa, rakyat negeri menjadikan parti tempatan sebagai platform perjuangan politik. Parti sendiri untuk sendiri, adalah parti yang tahu akan keperluan, aspirasi sendiri.

Parti tempatan yang menterjemahkan aspirasi dan denyut nadi rakyat Sabah adalah Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi parti-parti komponennya, seperti Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), STAR, PBS , SAPP dan lain-lain.

Jika rakyat Sabah tidak memulakan sekarang, bila lagi? Jika bukan rakyat Sabah menentukan hala tuju sendiri, siapa lagi? Jika bukan menerusi parti sendiri, parti siapa lagi? Tepuk dada tanya selera.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment