Home » Pemuda GRS buat laporan polis terhadap pengguna FB hina KM
Berita Tempatan Politik

Pemuda GRS buat laporan polis terhadap pengguna FB hina KM

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda GRS, Tuan Steve Johnny Mositun  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Karamunsing di sini, pada Selasa.

KOTA KINABALU: Satu laporan polis dibuat terhadap  seorang pengguna media sosial Facebook (FB) yang menggunakan nama Angelina Peace, kerana menggunakan imej Ketua Menteri (KM) , Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan membuat hantaran dengan niat menghina beliau.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda GRS, Tuan Steve Johnny Mositun  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Karamunsing di sini, pada Selasa.

Steve berkata, setiap individu mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan masing-masing.



”Namun tidak bermakna kita boleh bersuara sesuka hati.Kita mempunyai Akta dan peraturan yang harus kita patuhi”

“Janganla kita menyalah gunakan kebebasan untuk bersuara sehingga menghina orang lain di media sosial,” ujarnya.

”Orang Sabah terkenal dengan sikap toleransi yang tinggi, biarlah sikap ini dikekalkan agar menjadi contoh kepada semua pihak.

”Kritikan membina amatlah dialu-alukan, selaras dengan konsep demokrasi asalkan dibuat secara berhemah dan beretika.



Rentetan itu, Pemuda GRS memohon kepada pihak Polis untuk menyiasat perkara ini dan seturusnya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengunna FB berkenaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.



— TAMAT