Home » Robert Tawik kekal jawatan Ketua Bahagian STAR Bingkor tanpa bertanding
Berita Tempatan Politik

Robert Tawik kekal jawatan Ketua Bahagian STAR Bingkor tanpa bertanding

Sebahagian perwakilan dan pemerhati merakamkan gambar kenangan bersama selepas Mesyuarat Agung Tri Tahunan STAR Bahagian Bingkor sesi 2024/2027.

KENINGAU: Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Robert Tawik, mempertahankan jawatan Ketua Bahagian STAR Bingkor selepas menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat Agung Tri Tahunan STAR Bahagian Bingkor sesi 2024/2027 yang diadakan pada Jumaat.

Mesyuarat yang dihadiri kira-kira 500 orang perwakilan termasuk pemerhati itu telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden STAR, Datuk Ellron Alfred Angin.


Selain itu, Timbalan Ketua Bahagian STAR Bingkor, Robert Paulus dan tiga Naib Ketua Bahagian STAR Bingkor dimenangi Danil Pelangi, Alex Amit dan Tabarou Sumping turut menang tanpa bertanding untuk jawatan masing-masing.


Sementara itu Anggie Khatil; Sarudin Kinsil; Clearence Jokobus; Jailin Lian; Lawrence Melibin; Ambrose Salangkan dan Paul Sitampat juga menang tanpa bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK).


Turut menang tanpa bertanding ialah James Jennedy Bundoi da Denney Amit bagi jawatan juruaudit.

Mesyuarat yang dihadiri kira-kira 500 orang perwakilan termasuk pemerhati itu telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden STAR, Datuk Ellron Alfred Angin.

Semasa ucapan penggulungan Ketua Bahagian, Robert turut mengumumkan pelantikan Junior Fred dan Rezzidin Robert sebagai Setiausaha Bahagian dan Bendahari Bahagian.

 
“Terima kasih saya ucapkan kepada semua perwakilan diatas kepercayaan yang diberikan untuk menerajui Ketua Bahagian.


“Ini satu tanggungjawab yang besar yang perlu digalas dengan penuh amanah dan berfokus, ” katanya.


Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang telah dipilih dan menang tanpa bertanding.

Robert turut mengajak semua ahli STAR supaya terus bersatu dengan menyokong parti dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tanpa berbelah bahagi.


“Inilah parti kita yang berfokus perjuangkan hak-hak Sabah yang termaktub dalam perjanjian Malaysia MA63, ” katanya.

— Kenneddy Corlleus