REKOD boleh digoogle, pemimpin kerana perjuangan bertahan lama, manakala kerana kedudukan sudah bertukar kapasiti.
Rakyat adalah pengadil yang sebaik-baiknya, kerana dapat mengenalpasti pemimpin atas sebab perjuangan atau kedudukan.
Rakyat bukan sahaja sedih apabila pemimpin berasas perjuangan berehat akan tetapi merasa kehilangan, manakala pemimpin yang dilihat rakyat hanya mengejar kedudukan, disyukuri jika berehat, jika tidak sempat dipaksa berehat.
Malangnya mereka yang dipaksa berehat oleh rakyat masih digunapakai kerana kononnya masih dapat menyumbang atas kapasiti lain.
Sebab itu rakyat masih dapat mengoogle pemimpin sedemikian tetapi atas kapasiti bukan wakil rakyat akan tetapi berjawatan penting dalam GLC atau GLIC.
Berjawatan dalam GLC/GLIC hanya dihubungi oleh mereka yang berkaitan dengan syarikat/agensi yang diterajui, tidak lagi oleh ribuan rakyat semasa wakil rakyat.
Pemimpin berasaskan perjuangan merasa bersalah jika tidak dapat menyantuni rakyat yang memerlukan bantuan/pertolongan/pembelaan, kerana membela rakyat bukan lah satu lakonan akan tetapi nawaitu mereka. Atas sebab ini, pemimpin kategori ini diberi kekuatan, peluang untuk terus memimpin, bukan sepenggal tetapi berpenggal-penggal.
Apabila pemimpin berteraskan perjuangan memimpin sesebuah parti, walaupun parti itu parti baru, akan tetapi bukan sahaja diminati rakyat juga pemimpin lain termasuk lah wakil-wakil rakyat.
Antara sifat pemimpin berasaskan perjuangan adalah sanggup mengakui kekurangan, kelemahan, kerana itu mempunyai kesanggupan menerima teguran sebagai asas penambahbaikan.
Pemimpin kategori ini tidak berminat menyalahkan pemimpin lain yang menyebabkan kekurangan, kelemahan, sebaliknya sentiasa berfikiran ke hadapan dengan memperkenalkan pendekatan, strategi dan solusi agar masalah masa lalu jangan berulang.
Pemimpin berasaskan perjuangan, tiada penyakit “Ostrich Syndrome” menutup ketidak mampuan dan menyalahkan pihak lain.
Pada PRN-17 Sabah, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diharapkan dapat mengenalpasti mereka yang dicalonkan mewakili gabungan untuk mendapat mandat rakyat perlu memastikan mereka yang mewakili gabungan adalah mereka yang berpegang teguh pada perjuangan bukannya mereka yang mengejar kedudukan. Fikir-Fikirkan.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment