ADA dua kategori pengundi, pengundi yang makan janji dan yang tidak. Mereka yang makan janji terpengaruh janji bulan bintang, sehingga sanggup curahkan air daripada tempayan kerana mendengar guruh di langit. Manakala yang tidak, janji-janji masuk telinga kiri masuk telinga kanan.
Mereka yang tidak makan janji, memilih parti yang konsisten memperjuangkan kepentingan mereka. Golongan ini tidak mengambilkira apa kah parti yang mereka sokong boleh menjadi kerajaan atau pun tidak, kerana bagi mereka yang mustahak suara parti yang mereka pilih itu kekal kedengaran memperjuangkan kepentingan mereka.
Golongan mereka yang tidak makan janji, mencipta pemimpin mereka sendiri, mereka bantu dan sokong, sehingga menjadi jurucakap bagi pihak mereka, kerana mereka ini tidak memerlukan bantuan segera/langsung, melainkan hanya perlu kemudahan yang mereka perlukan untuk menjalankan kehidupan harian.
Berbeza dengan mereka yang makan janji, memerlukan bantuan segera/langsung, ertinya bantuan jangka pendek, tanpa perlu besusah payah, mereka mahu ikan bukan kail. Manakala yang tidak makan janji, mahukan kolam untuk menjadi tempat mengail kerana mereka mahir mengail/memancing.
Mereka yang berfikiran jangka pendek tidak merujuk berkaitan pencapaian sesebuah kerajaan semasa pilihan raya, melainkan mereka merujuk pada janji-janji yang ditaburkan, sebab itu, parti tiada rekod pun boleh menang.
Mereka yang suka makan janji, adalah golongan yang mudah sangat terpengaruh dengan persepsi, dakwaan, cerita bohong dan fitnah, maka mereka ini juga menjadi agen pada sesuatu isu kecil lalu dibesar-besarkan, umpama kerosakan jalan pada portion tertentu dibesar-besarkan seolah-olah semua jalan raya demikian, maka ianya dimanfaatkan oleh ADUN Warisan seperti ADUN Tungku, ADUN Tanjung Aru, pemimpin Warisan seperti Datuk Aziz Jamman.
Oleh kerana UMNO Sabah juga di luar kerajaan negeri, maka pemimpin parti itu juga menjadi agen penyebaraan isu-isu kemudahan asas sedangkan ianya warisan parti mereka pada rakyat. Sambil itu, mereka berkata jika parti itu diberi mandat semula maka masalah-masalah yang dihadapi itu dapat diselesaikan.
Rakyat perlu berfikir semula khususnya mereka yang mudah termakan janji, buang lah jauh-jauh sifat-sifat itu, keputusan atau pilihan perlu lah bersandar pada rekod, pada sesuatu yang nyata dan jelas, jangan terpengaruh dengan ilusi, kerana tiada jalan mudah dalam kehidupan, melainkan perlu dilalui menerusi usaha gigih, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Jadi lah rakyat yang tidak termakan janji, dengan “stick” pada parti yang telah meletakan hala tuju yang jelas dan nyata malah sedang merealisasikan hala tuju sesuai dengan masa yang telah diberikan, dan seterusnya merealisasikan yang belum, kerana itu memerlukan pemanjangan masa, dan pemanjangan masa hanya dapat diberikan oleh rakyat.
Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah parti yang sedang menerajui kerajaan negeri bersama PH dan beberapa ADUN Umno, hanya tiga tahun menjadi kerajaan, pun demikian, telah mencuba sedaya upaya menyelesaikan warisan kemudahan asas yang daif, akan tetapi kekangan masa dan kewangan, maka apa yang perlu dilakukan selesaikan yang boleh diselesaikan sesuai dengan masa dan kewangan, sambil menunggu penyelesaian tuntas menerusi penyelesaian jangka panjang.
Kerajaan GRS telah menggariskan hala tuju yang jelas, menerusi Sabah Maju Jaya. Menerusi hala tuju itu didokumentasikan, disenaraikan atau dibutirkan strategi, teras, keutamaan jangka pendek dan panjang, untuk mencapai kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan. Ertinya akan disediakan KOLAM BESAR untuk semua rakyat mendapat peluang sama rata, baik mereka yang berada non jauh di pedalaman juga di kawasan bandar.
Memang betul masa dan kewangan diperlukan menangani masalah-masalah yang dihadapi rakyat khususnya kemudahan asas, kemiskinan, pengangguran, pendapatan rendah, justru itu, kerajaan dengan jelas memperkenalkan hala tuju yang perlu direalisasikan kerana ianya adalah penyelesaian tuntas masalah-masalah yang didepani rakyat.
Kepada rakyat Sabah jadi lah rakyat TIDAK TERMAKAN JANJI sebaliknya jadi lah pengundi yang rasional berpandukan pada fakta dan data pencapaian, kejayaan, serta butiran-butrian strategi yang bakal direalisasikan menerusi hala tuju yang telah digagaskan. Fikir-Fikirkan.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment