Home » Pembangkang persenda halatuju Sabah- Sabah Maju Jaya
Politik Sudut Pandangan

Pembangkang persenda halatuju Sabah- Sabah Maju Jaya

Kutipan hasil yang terus meningkat tidak akan berlaku jika pemimpin kerajaan yang dibantu kakitangan kerajaan tiada kemampuan. Kerana berkemampuanlah dan seiring dengan hala tuju negeri-SABAH MAJU JAYA, maka semua pihak terpancu untuk terus maju ke hadapan untuk menciptakan pencapaian/kejayaan yang lebih baik.

DI MATA pembangkang, pemimpin kerajaan itu adalah musuh, sebab itu  sebarang tindakan pemimpin kerajaan dilihat salah dan tidak betul.

Apabila Kerajaan Sabah yang diterajui Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor sebagai ketua kerajaan mengangkat slogan pada jata negeri, Sabah Maju Jaya sebagai nama Hala Tuju negeri, pemimpin, penyokong pembangkang mempersedanya, malah slogan tersebut sangat menganggu emosi mereka sehinggakan mereka tidak mampu berfikir sebagai manusia normal akan tetapi menjadi abnormal apabila bertukar seperti mata lalat dan lalat.

Memang Hajiji merasa sedih atas sebab slogan pada jata negeri yang diangkat kerajaan sebagai hala tuju untuk mengajak rakyat sentiasa berfikir berkaitan kemajuan diperlekeh, dan yang memperlekeh itu tanpa menyadari mengajar rakyat untuk sentiasa berfikiran negatif dan anti kemajuan.

Enam puluh tahun rakyat dan negeri merasai ketinggalan dari segi kemajuan dan pembangunan, pun demikian bagi pembangkang, masa  berdekad-dekad itu tidak cukup panjang untuk kekalkan rakyat dengan lingkungan daif.

Kepada Ketua Menteri dan pemimpin kerajaan GRS-PH Plus jangan pandang ke belakang lagi, pekakan telinga dan butakan mata daripada pandangan negatif pembangkang dan penyokongnya, melangkah lah ke hadapan dengan pasti, kerana kebaikan itu pasti mengatasi keburukan.

Rakyat Sabah masih ramai yang normal, masih ramai dapat membezakan antara batu dan permata, dan pasti, rekod baik kerajaan akan dinilai dengan sebaik-baiknya.

Apa yang mustahak rekod pencapaian, kejayaan kerajaan perlu sampai ke pengetahuan rakyat di mana pun mereka berada terutama rakyat yang tinggal non jauh di pedalaman.

Jentera kerajaan atau jentera parti perlu sentiasa “update’ rakyat berkaitan tindakan-tindakan kerajaan terutama berkaitan penyelesaian kemudahan asas, peluang-peluang perekonomian mahupun sosial, terutama aspek pendidikan.

Dakyah pembangkang hanya akan berkesan, apabila khabar baik hasil usaha kerajaan tidak sampai ke pengetahuan rakyat, dan apabila semua kebaikan yang digagaskan kerajaan sampai ke pengetahuan rakyat apa tah lagi dirasai dengan sendirinya memadam dakyah, tipu helah, fitnah dan pembohongan pembangkang.

Rakyat Sabah secara umumnya dan termasuk pembangkang sewajarnya berbangga berkaitan kutipan hasil negeri yang terus mencatit rekod tiga tahun berturut-turut, iaitu RM5.449 bilion pada 2021, RM6.960 bilion pada 2022 dan RM6.973bilion pada tahun lalu (2023).

Kutipan hasil yang terus meningkat, membawa erti bahawa peruntukan untuk pembangunan juga meningkat.

Kutipan hasil yang terus meningkat tidak akan berlaku jika pemimpin kerajaan yang dibantu kakitangan kerajaan tiada kemampuan. Kerana berkemampuanlah dan seiring dengan hala tuju negeri-SABAH MAJU JAYA, maka semua pihak terpancu untuk terus maju ke hadapan untuk menciptakan pencapaian/kejayaan yang lebih baik.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment