Home » Ketua Menteri terima kunjungan hormat MB Perak
Berita Tempatan Politik

Ketua Menteri terima kunjungan hormat MB Perak

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima cenderamata daripada Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani Mohamad semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Selasa.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Perak (MB), Dato’ Saarani Bin Mohamad di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa.

Saarani berada di Sabah bagi menghadiri program Perak Sejahtera 2023: State Leadership Retreat 2024 yang diadakan di Kota Kinabalu pada 5 hingga 6 Mac 2024.

Rombongan Saarani terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Mohd Zaki Mahyudin dan Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani Mohamad di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Selasa.


Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri II/ Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong dan Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yus


–Tamat.