Home » Pelantikan Anna Bell bukti pemerkasaan wanita agenda penting Kerajaan Negeri – PGRS Luyang
Berita Tempatan Politik

Pelantikan Anna Bell bukti pemerkasaan wanita agenda penting Kerajaan Negeri – PGRS Luyang

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Datuk Hajah Ruhsimah Haji Zakaria menzahirkan ucapan tahniah kepada Anna Bell di sebuah kenyataan facebook semalam.

KOTA KINABALU: Pelantikan YB Senator Anna Bell Perian @ Suzieana Haji Perian sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu membuktikan pemerkasaan wanita yang terlibat dalam pembuat Keputusan sebagai agenda penting Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Wanita yang merupakan tonggak pembangunan bukan sahaja bagi aspek sosial, politik dan ekonomi, malah merangkumi segala aspek pembangunan negara,” ujar Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Datuk Hajah Ruhsimah Haji Zakaria di sebuah kenyataan facebook semalam.


“Tahniah YB Senator Anna Bell @Suzieana Haji Perian, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sg Sibuga merangkap Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Pusat atas pelantikan sebagai Senator dan Ahli Dewan Negara.

“Pelantikan Annabell Perian sebagai Ahli Dewan Negara ini besar maknanya.

“Gagasan Rakyat (PGRS) Luyang turut berbangga atas pelantikan ini.

“Kami ucapkan Selamat bertugas kepada YB Senator Annabell Perian, semoga memikul amanah serta menggalas tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin demi Sabah, tanah air tercinta ,” beliau berkata.


Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat  Anna Bell Perian mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu bagi penggal tiga tahun berkuat kuasa 5 Mac semalam.

Berikutan pelantikan sebagai Senator itu, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang diberikan.



Beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda atas sokongan dalam mengesyorkan dan melantik beliau sebagai senator.

TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment