Home » Masidi mempengerusikan Sesi Meja Bulat
Berita Tempatan Politik

Masidi mempengerusikan Sesi Meja Bulat

Masidi semasa mempengerusikan Sesi Meja Bulat di sini yang melibatkan Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi Badan Berkanun dan syarikat kerajaan negeri serta wakil kementerian dan jabatan yang mempunyai agensi dikawalselia bagi membincangkan isi-isu yang dihadapi Agensi Awam Negeri.

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun telah mempengerusikan Sesi Meja Bulat bersama 110 orang daripada Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi Badan-badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan Negeri serta wakil-wakil Kementerian dan Jabatan yang mempunyai agensi dikawalselia bagi membincangkan isi-isu yang dihadapi Agensi Awam Negeri.

Sesi ini adalah salah satu inisiatif yang telah dinyatakan Menteri Kewangan Sabah pada ucapan penggulungannya dalam Belanjawan Negeri Tahun 2024 yang lalu bagi memperkasakan lagi tatakelola tadbir urus korporat Agensi Awam Negeri.


Turut sama dalam sesi ini ialah Yang Berbahagia Datuk Mohd. Sofian Alfian Nair, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Yang Berhormat Datuk Julita Majungki, Pembantu Menteri Kewangan I, Yang Berhormat Tuan Tan Lee Fatt Pembantu Menteri Kewangan II dan Yang Berbahagia Datuk Mary Angela Sipaun, Bendahari Negeri Sabah.

— TAMAT