Home » Hajiji adakan Majlis Kesyukuran sempena Ramadan
Berita Tempatan Politik

Hajiji adakan Majlis Kesyukuran sempena Ramadan

Hajiji adakan Majlis Kesyukuran sempena Ramadan

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah mengadakan Majlis Kesyukuran Menyambut Bulan Ramadan bersama ketua-ketua jabatan negeri Sabah di kediamannya di Kampung Serusup di Tuaran, pada Jumaat.


Majlis kesyukuran itu turut dihadiri isterinya, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri (KPPAN) Sabah, Datuk Zainudin Aman.


Kira-kira 200 ketua-ketua jabatan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menghadiri majlis kesyukuran berkenaan.



TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment