KERAJAAN Sabah dinamakan kerajaan GRS-PH Plus. GRS dan PH jelas, tetapi Plus itu yang membawa keunikan.
Plus itu diwakili wakil rakyat Umno yang digantung keahlian dan juga wakil rakyat Umno yang sebahagian kumpulan Datuk Bung Moktar Radin yang menarik sokongan pada 6 Januari 2023, akan tetapi dikekalkan oleh Ketua Menteri pada kedudukan masing-masing.
Keunikan lain, Timbalan Pengerusi Umno Sabah kekal sebagai Pengerusi sebuah agensi kerajaan negeri, akan tetapi pada masa sama berhasrat menggantikan kerajaan negeri yang diterajui GRS pada PRN17 Sabah akan datang.
Tidak pasti bagaimana kerajaan memberi penjelasan pada rakyat berkaitan keunikan yang ada, terutama berkaitan pencapaian dan kejayaan kerajaan.
Pencapaian dan kejayaan kerajaan meliputi keseluruhan dan tentunya pemimpin Umno yang sebahagian kerajaan akan memberi tahu rakyat, bahawa kerana kehadiran mereka maka pencapaian dan kejayaan itu tercapai.
Umno Sabah cuba mengenang kembali kemasukan parti itu pada tahun 1990, secara rasmi tahun 1991, kerana isu perpecahan pemimpin bumiputera islam. Kemasukan parti itu kerana menyatukan para pemimpin itu.
Kerana pemimpin bumiputera islam berpecah, maka PBS pada masa itu dapat menyatukan pemimpin bumiputera bukan islam dan cina, maka menjadi kerajaan. Keadaan semasa PBS menjadi kerajaan hampir sama dengan Kerajaan Persekutuan hari ini, yang mana yang majoriti menjadi pembangkang kesan daripada perpecahan.
Walaupun pemimpin bumiputera islam bersatu dalam Umno, akan tetapi tidak juga menang pada PRN 1994. Umno dapat menjadi kerajaan apabila pemimpin bumiputera bukan islam dan cina pula berpecah pun demikian pada PRN 1999 walaupun BN menang atas sokongan parti-parti serpihan PBS seperti PDS (kini UPKO), PBRS dan SAPP akan tetapi hanya menang majoriti mudah bukan kuasa 2/3. Kuasa 2/3 hanya dicapai pada PRU 2004, kerana PBS menjadi komponen BN semula.
Betul semasa Umno menerusi BN memerintah Sabah sehingga tahun 2018 banyak pembangunan dan kemajuan yang dikecapi rakyat dan negeri akan tetapi kemajuan dan pembangunan yang tidak sepadan dengan hasil yang diambil daripada negeri, sebab itu kemudahan asas kekal daif dan diwarisi pada kerajaan hari ini.
Ditakdirkan Umno/BN tumbang pada PRU 2018, maka sedikit demi sedikit Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dipatuhi, kerana punca kedaifan negeri dan rakyat kerana tidak dipatuhinya MA63.
Pemimpin Umno patut menyalahkan diri sendiri kerana sebahagian besar penyumbang tidak terlaksananya MA63. Peluang telah diberikan antara tahun 1994-2018, 24 tahun, akan tetapi masalah rakyat seperti mana diharapkan pada tahun 1963 yang dibutirkan menerusi MA63 tidak diselesaikan atau tidak direalisasikan. Apa kah rakyat Sabah perlu masa sebegitu lama lagi jika menyokong semula Umno? Sedangkan aspirasi rakyat Sabah kenampakan menerusi Kerajaan GRS!!!!.
Pemimpin Umno Sabah terutama kumpulan Datuk Bung Moktar Radin bersungguh-sungguh sangat mempengaruhi rakyat Sabah untuk menyokong, dan rayuan mereka itu didasari dengan dakwaan bahawa kerajaan GRS gagal, malah memperolok/mempersenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
Umno Sabah pimpinan Datuk Bung akan berkerjasama dengan Parti Warisan pada PRN17 berdepan dengan GRS.
Pada PRN itu nanti, benar-benar menguji rakyat Sabah apa kah memberi laluan mudah pada GRS sebagai parti tempatan ataukah masih menyokong parti yang mengecewakan rakyat berdekad-dekad?
Rakyat Sabah perlu membuat keputusan once for all, dan perlu menoktahkan yang dilalui, dirasai berdekad-dekad, dan perlu membuang jauh-jauh harapan yang pernah ditaburkan oleh parti yang pernah menerajui kerajaan, supaya harapan yang ditaburkan tidak kekal sebagai harapan sepanjang zaman. Fikir-Fikirkan.
Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment