Home » Kesan buruk tindakan pembangunan baik ditolak
Politik Sudut Pandangan

Kesan buruk tindakan pembangunan baik ditolak

Apa yang berlaku di daerah Papar kerana kesan kemarau sehinggakan hampir 150,000 penduduk daerah itu terkesan adalah kesan menolak tindakan baik iaitu membina Empangan Kaiduan yang menyelesai bekalan air bagi daerah itu.

APABILA tindakan pembangunan baik ditolak, maka memberi kesan buruk. Kata peribahasa menyesal kemudian tidak berguna.

Kesan El-NINO kejadian alam semulajadi yang menghalang turunnya hujan ditambah dengan udara yang kering menyebabkan air sungai kering dan seterusnya air yang boleh diperoses untuk kegunaan rakyat menurun dengan drastik.

Di Sabah daerah Papar diisytiharkan sebagai daerah bencana kemarau, atas sebab bekalan air. Sepatutnya daerah itu tidak berhadapan bencana jika Empangan Kaiduan yang sepatutnya telah siap jika tidak dibatalkan di daerah itu.

Mereka yang protes pembinaan empangan itu jika penduduk Papar tentunya merasa menyesal apa yang mereka lakukan sebelum ini, akan tetapi mereka itu bukan pun penduduk daerah itu akan tetapi penduduk kawasan lain yang tidak terkesan.

Apa yang malang mereka yang menyebabkan empangan itu tidak menjadi termasuk pemimpin politik tidak pun merasa menyesal sebaliknya menuding jari pada pemimpin kerajaan hari ini atas kesan tindakan mereka.

Apa yang berlaku di daerah Papar kerana kesan kemarau sehinggakan hampir 150,000 penduduk daerah itu terkesan adalah kesan menolak tindakan baik iaitu membina Empangan Kaiduan yang menyelesai bekalan air bagi daerah itu dan sebahagian Pantai Barat termasuk ibu negeri, Kota Kinabalu sehingga tahun 2050.

Rakyat Sabah secara umumnya perlu mengambil pengajaran apabila tindakan baik ditolak maka memberi kesan lebih besar. Atas sebab itu di masa akan datang atau sekarang sebarang tindakan baik perlu diteruskan umpama kata peribahasa katakan yang benar itu walaupun pahit.

Lambatnya pembinaan Empangan Kaiduan sehingga terbatal kerana pemimpin kerajaan masa lalu takut kehilangan undi jika disegerakan kerana ianya menjadi isu yang dibawah parti pembangkang utama masa itu, Parti Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal dan Timbalannya Darrel Leiking dan didapati isu itu mendapat sokongan rakyat kawasan Papar dan Kimanis.

Kerana bangkangan terhadap empangan itu, maka Parti Warisan menjadikannya isu kempen akan membatalkan pembinaan empangan itu apabila mendapat kuasa.

Benar juga, selepas Shafie dilantik Ketua Menteri, nama empangan itu diganti kepada empangan Papar dengan kos RM2bilion, akan tetapi NGO dan penyokong parti itu mempersoalkan janji parti itu untuk tidak meneruskan projek membina empangan dan akhirnya pembinaan empangan terbantut, dan kesannya dirasai penduduk di kawasan itu.

Di masa hadapan apabila kerajaan membuat keputusan untuk kepentingan awam, teruskan sahaja hasrat itu, kerana pengajaran menerusi terbantutnya pembinaan empangan Kaiduan, Papar.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment