Datuk Bung Moktar Radin dan sesetengah pemimpin Umno Sabah tidak berkata benar berkaitan kerjasama pilihan raya antara BN-PN-PBS di bawah naungan GRS, kerana semasa PRN itu pertama kali digunakan 73 kawasan berbanding 60, atas sebab itu ada sesetengah kawasan dikategorikan sebagai “No Man Land” dan bebas ditandingi termasuk pertembungan calon antara tiga parti itu.
Pertimbangan agihan kerusi itu, mana parti pun yang menang akan memberi kerusi pada GRS (Gabungan Rakyat Sabah).
Memang berlaku di kawasan-kawasan berkategori “No Man Land” berlaku pertembungan antara parti termasuk juga calon bebas (tetapi PN tidak meletakan calon), ada yang dimenangi BN, ada yang dimenagi PBS dan Bebas.
Dalam agihan kerusi-kerusi semasa PRN16 itu ada sesetengah kawasan seperti DUN Paginatan, Tandek, Matunggong dan Kedamaian memang diberikan pada PN atau PBS, akan tetapi semasa penamaan calon, BN meletakan calon.
Semasa PRN itu, BN meletakan calon di kawasan-kawasan yang sepatutnya parti itu tidak meletakan calon, pun demikian, ianya tidak menganggu kempen, dan keputusannya, parti yang patut menang tetap menang, kecuali di DUN Kadamaian, jika BN tidak meletakan calon ada kemungkinan calon PBS boleh keluar sebagai pemenang.
Selepas membentuk kerajaan nampaknya BN khususnya Umno daripada kumpulan Bung tidak cukup dengan perbuatan tikam belakang semasa PRN itu, dan mengerakan menggulingkan kerajaan pada 6 Januari 2023 dan seterusnya mengambil alih kerajaan negeri menerusi bantuan Parti Warisan.
Selepas gagal, Bung memutar belit fakta dengan mendakwa pula GRS yang khianat pada kerjasama antara GRS-BN, sedangkan dengan jelas dan nyata kumpulan Bung lah menjadi pengkhianat.
Berhubungan kerjasama antara parti semasa PRN17 akan datang, kumpulan Bung cuba meracuni fikiran rakyat bahawa parti itu tidak boleh bekerjasama dengan parti seperti GRS kerana tidak mahu berulang pisang berbuah dua kali, sedangkan pendirian seumpama itu sepatutnya di pihak GRS, kerana GRS yang menjadi mangsa pengkhiantan bukannya sebaliknya.
Nampaknya Bung dalam usaha mendapat sokongan terpaksa memutar belit fakta, akan tetapi sayang tindakan itu telah dimaklumi sebahagian besar rakyat.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment