Home » Beza Hajiji dalam UMNO dan Gagasan Rakyat
Politik Sudut Pandangan

Beza Hajiji dalam UMNO dan Gagasan Rakyat

Pada PRN-17, rakyat Sabah tidak perlu berdepan dengan teka teki, kerana jelas GRS, iaitu gabungan yang dipimpin Ketua Menteri kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat meneruskan agenda Kerajaan, yakni Halatuju Sabah Maju Jaya.

APA yang dikatakan Datuk Bung Moktar Radin bahawa Datuk Haji Hajiji Haji Noor adalah salah sorang pengasas UMNO Sabah pada tahun 1990, atas sebab keputusan Parti USNO secara en-blok menyertai parti itu.

Apa yang berlaku pada tahun 1990 biarlah menjadi sejarah politik Sabah. Apa yang perlu daripada sejarah itu ada yang dijadikan panduan dan juga sempadan.

Dalam tempoh 28 tahun bersama Umno, pada Disember 2018, Hajiji bersama pemimpin lain secara en-blok keluar daripada Umno, dan kemudiannya beberapa bulan kemudiannya menjadi pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau dikenali sebagai Bersatu.

Kesan selepas PRU-15, telah berlaku perubahan politik Sabah, apabila Gabungan Rakyat Sabah(GRS) menjadi sebahagian Kerajaan Persekutuan, sedangkan dalam gabungan tersebut salah satu komponen parti iaitu BERSATU yang juga komponen Parti Perikatan Nasional (PN) memilih menjadi pembangkang di peringkat Persekutuan.

Untuk tidak menimbulkan masalah silang, GRS melucutkan atau menguggurkan BERSATU sebagai anggota parti, manakala mereka yang dahulunya ahli parti itu secara langsung menjadi ahli GRS, kerana gabungan itu menerima keahlian secara individu ataupun parti.

Agar Hajiji bersama pemimpin lain mempunyai parti sendiri maka telah mengambilalih Parti Gagasan Rakyat Sabah (kemudian dikenali sebagai Gagasan Rakyat) selepas parti itu menjadi komponen Gabungan Rakyat Sabah.

Kini Hajiji adalah Presiden parti itu merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang sedang memeintah negeri bersama PH Plus.

Jika semasa bersama Umno Sabah, Hajiji sama seperti pemimpin Umno lain sangat bergantung pada keputusan peringkat pusat, kerana Umno Sabah hanya mempunyai autonomi di peringkat pentadbiran sahaja, bukan melibatkan dasar parti.

Manakala Hajiji bersama Gagasan Rakyat, tidak lagi bergantung pada mana-mana keputusan atau pemimpin, melainkan berpandukan pada asas, iaitu RUMAH KITA, KITA LAH YANG JAGA.

Rakyat Sabah kena memahami dengan mendalam antara pemimpin parti yang hanya mempunyai kedudukan peringkat pentadbiran berbanding pemimpin yang mempunyai kedudukan sepenuhnya ditangan sendiri. Keadaan ini lah yang membezakan semasa Hajiji bersama Umno dan Hajiji bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gagasan Rakyat.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) khususnya Gagasan Rakyat memberi ruang pada rakyat Sabah menentukan halatuju sendiri, kerana pengalaman hampir tiga dekad telah mencukupi untuk menunaikan atau merealisasikan harapan, akan tetapi, harapan tinggal harapan.

Bung bersama pemimpin Umno Sabah yang baru muncul, jangan lah cuba mengajar Hajiji berkaitan keperluan rakyat Sabah, kerana mengajar itik bernang adalah perbuatan sia-sia, kerana asam garam politik negeri telah dirasai, dan hanya melalui pendekatan baharu, harapan rakyat Sabah dapat ditunaikan dan direalisasikan.

Jelas apabila GRS mendasari perjuangan SABAH FIRST, SABAH FORWARD, SABAH PROSPER DAN SABAH UNITED demi SAYANGI SABAH, untuk pengwujudan KESTABILAN, KEMAKMURAN DAN KESEJATERAAN adalah matlamat Hajiji dan pemimpin gabungan itu untuk Sabah kini dan ke hadapan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment