Home » Kerajaan Sabah pertingkat atasi insiden kemiskinan
Politik Sudut Pandangan

Kerajaan Sabah pertingkat atasi insiden kemiskinan

Joniston merujuk kepada perhimpunan #KamiMahuAir yang diadakan pada petang Jumaat.

PUNCA kemiskinan pelbagai termasuklah kesan semulajadi seperti bencana kemarau dan banjir yang memusnahkan sumber pendapatan; dan kalau bukan kerana bencana terputusnya sumber pendapatan seperti kemusnahan tanaman pertanian atau kebun.

Jika adanya hasil pertanian atau perkebunan akan tetapi tidak dapat ditukar dalam bentuk wang maka rakyat sedemikian berkategori miskin wang akan tetapi tidak miskin daripada segi keperluan makan minum.

Di negara ini ukuran yang digunakan untuk mengkategorikan sesebuah keluarga atau Ketua Isi Rumah (KIR) itu miskin, apabila tidak dapat memenuhi keperluan kehidupan normal sebagai manusia seperti makan-minum, pakaian dan kediaman.

Keperluan untuk pendidikan dan kesihatan tidak diambilkira dalam pengukuran tahap kemiskikan kerana dua keperluan itu disediakan secara percuma oleh kerajaan.

Apabila dilaksanakan survei perbelanjaan dan pendapatan, maka yang dilihat adalah keupayaan KIR memenuhi kehidupan normal. Menerusi survei itu profile setiap KIR dikenalpasti dan jumlah mereka dinisbahkan dengan jumlah KIR setiap kawasan, atas sebab itu daripada segi peratusan maka di Sabah terdapatnya 8 daerah adanya insiden kemiskinan yang tinggi.

Bagi kerajaan negeri data statistik daripada survei itu ditelusuri dan digerakan tindakan pendataan semula apa yang dipanggil pemutihan insiden kemiskinan dan ditangani secara langsung menerusi sekretriat Sabah Maju Jaya di bawah Jabatan Ketua Menteri.

Antara tindakan segera menangani kemiskinan adalah memberi modal kewangan untuk memulakan atau meningkatkan perniagaan selain aktiviti perekonomian yang dikordinasi berbagai agensi kerajaan antaranya menerusi mini estet sejahtera (MESEJ).

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan sumbangan kepada asnaf pada Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri di perkarangan Masjid An-Nur Tuaran pada Jumaat.

Juga bagi KIR yang tiada kemampuan membina rumah mereka disenaraikan sebagai penerima RUMAH MESRA SMJ, yang mana kerajaan tiap tahun membina 1500 rumah seumpama itu di seluruh negeri berasaskan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kerajaan juga memberi arahan pada setiap agensi atau badan berkanun kerajaan hendaklah melantik anak-anak daripada KIR miskin ini pada jawatan perkeranian atau perkhidmatan am sebagai permulaan membantu keluarga dalam kategori miskin mendapatkan sumber kewangan. Mereka ini tidak perlu berhijrah dan kekal tinggal bersama keluarga mereka di kawasan-kawasan di mana mereka tinggal.

Kerajaan GRS yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor sangat maklum dengan insiden kemiskinan di Sabah kerana insiden seumpama itu bukan lah isu semalam melainkan isu yang wujud sekian lama.

Atas sebab itu, setiap wakil rakyat kerajaan mempunyai komitmen untuk mengenalpasti setiap KIR yang tergolong miskin di kawasan masing-masing untuk dibela dan dibantu agar terkeluar daripada kategori miskin.

Dalam tempoh 2 tahun selepas pandemik Covid-19 sekurang-kurangnya 10 ribu KIR dalam kategori miskin dapat dikeluarkan daripada kategori miskin tegar kerana pada suku pertama tahun 2024 KIR yang tergolong miskin tegar hanya berbaki 13,179 berbanding 22,510 pada tahun 2022.
Pembasmian kemiskinan adalah tindakan berterusan, kerana demikian lah sifatnya bukan sahaja tindakan itu dilaksanakan di peringkat negeri akan tetapi juga negara malah dunia, kerana isu kemsikian adalah “stubborn” atau degil.

Kepada pemimpin pembangkang terutama pemimpin Parti Warisan jangan lah memilih isu insiden kemiskinan yang ditimbulkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli kerana data statistik yang dirujuk menteri itu adalah data tahun 2022.

Kerajaan negeri menerusi kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi negeri khususnya kementerian pertainan dan industri makanan, Kementerian Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan rakyat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan mempunyai strategi untuk mengeluarkan setiap KIR kategori miskin di negeri ini secara berperingkat-peringkat, dan apa yang pasti tiba masanya, jika pun Sabah tidak sifar miskin tegar akan tetapi sekurang-kurangnya jumlah mereka menurun dengan drastik.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

**Ketua Penerangan GRS dan ADUN kiulu Datuk Joniston Bangkuai berkata kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah menghasilkan pelan induk komprehensif bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat yang memerlukan sedikit masa untuk membuahkan hasil di sebuah kenyataan baru-baru ini.