Home » Dilema pengundi: Wakil rakyat sokong pemimpin lain tapi kekal dengan parti asal
Politik Sudut Pandangan

Dilema pengundi: Wakil rakyat sokong pemimpin lain tapi kekal dengan parti asal

Berhadapan PRN-17 Sabah, mula kedengaran dikalangan pengundi, tidak mustahil selepas pilihan raya akan berlaku, seorang wakil rakyat mendapat sokongan majoriti mudah daripada berbagai wakil rakyat, keadaan ini lah yang menjadikan pengundi dalam dilema, kerana tiada jaminan pemimpin sebuah parti yang menang majoriti mudah boleh dilantik sebagai Ketua Menteri.



WAKIL rakyat sesebuah parti tidak kehilangan kerusi apabila menyokong pemimpin parti lain tanpa keluar daripada parti asal (undang-undang yang berkuatkuasa dalam anti-lompat).

Dengan kelompangan akta ini, seorang ketua parti atau pemimpin parti boleh sahaja hilang peluang dilantik ke jawatan Ketua Menteri/Ketua Kerajaan, apabila wakil rakyat daripada parti sendiri menyokong pemimpin lain.

Peraturan atau undang-undang yang berkuatkuasa, mana-mana pemimpin/wakil rakyat mendapat sokongan majoriti mudah maka boleh dilantik sebagai ketua kerajaan dan seterusnya membentuk kerajaan.

Berhadapan PRN-17 Sabah, mula kedengaran dikalangan pengundi, tidak mustahil selepas pilihan raya akan berlaku, seorang wakil rakyat mendapat sokongan majoriti mudah daripada berbagai wakil rakyat, keadaan ini lah yang menjadikan pengundi dalam dilema, kerana tiada jaminan pemimpin sebuah parti yang menang majoriti mudah boleh dilantik sebagai Ketua Menteri.

Wakil rakyat yang menyokong akan terus mengekalkan kerusi yang disandang, selagi tidak keluar daripada parti asal atau menyertai parti lain termasuk juga jika dipecat dariada parti asal.

Wakil rakyat itu boleh diantik menganggotai jemaah menteri/kabinet atau pada mana-mana agensi kerajaan.

Wakil rakyat daripada parti lain menyokong pemimpin parti lain boleh berlaku kerana “faktor” jawatan atau kedudukan. Jika pada parti asal tidak mendapat kedudukan yang diidamkan atau yang dikehendaki, manakala jawatan itu ditawarkan oleh pemimpin parti lain, maka wakil rakyat yang “tiada integriti” ini akan bertindak demi kepentingan peribadi, dengan memberi alasan “demi rakyat yang diwakili”.

Telah berlaku di Sabah selepas PRU-14 tahun 2018, apabila Presiden UPKO ditawarkan sebagai ADUN dilantik kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri, maka telah menyebabkan kerajaan yang disokong tumbang.

Isu wakil rakyat mengejar kedudukan dan jawatan, bukan sahaja menjadi dilema akan tetapi terus menghantui pengundi.

Untuk meredakan kecurigaan pengundi, maka setiap calon yang mewakili parti perlu lah terdiri daripada mereka yang telah teruji kesetiaan/integriti selain sifat tanggungjawab dan amanah, kerana jika calon-calon yang diketengahkan itu diragui, maka boleh mengundang penolakan.

Penilaian itu tidak terhad pada calon-calon sahaja melainkan meliputi juga parti, terutama parti yang mempunyai rekod “berubah”mengikut keadaan dan kepentingan peribadi pemimpin/wakil rakyat parti itu. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .