Home » Gabungan Parti lokal sahaja menjamin kestabilan politik negeri
Politik Sudut Pandangan

Gabungan Parti lokal sahaja menjamin kestabilan politik negeri

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ialah sebuah entiti parti politik tempatan Sabah dan sekaligus sebuah gabungan parti politik berdaftar rasmi di Sabah, Malaysia yang dianggotai oleh Gagasan Rakyat, STAR, PBS, SAPP , PHRS, USNO, LDP dan yang terkini PCS (tiada dalam gambar). Foto: HABFC

SABAH telah diperintah berbagai bentuk parti sehinggakan menghasilkan 6 kerajaan yang berbeza.

Di awal kemerdekaan, kestabilan politik sebenarnya telah wujud menerusi Kerajaan Perikatan (USNO dan SCA), namun kerajaan tersebut tumbang kerana perbuatan pemimpin nasional terutama pemimpin Umno.

Setelah kerajaan Perikatan tumbang, maka berlaku lah pertukaran setiap dua penggal sehinggakan kerajaan Sabah dijoloki kerajaan dua penggal.

Giliran Kerajaan PBS pula ditumbangkan menerusi pintu belakang pada tahun 1994, kemudian diperkenalkan penggiliran Ketua Menteri, tetapi dihentikan pada tahun 2004. Hanya selepas itu “JINX” dua penggal terhenti sebelum pertukaran kerajaan berikutnya pada Mei 2018, kemudian pada September 2020.

Setengah abad juga diperlukan oleh para pemimpin Sabah yang progresif dan berpandangan ke hadapan mengambil iktibar apa yang berlaku di Sarawak, dan memutuskan Sabah perlu menuju ke arah itu, hanya satu sebab kerajaan diperintah Gabungan Parti-Parti Tempatan/Lokal terbukti membawa banyak kebaikan pada negeri dan rakyat.

Tiada yang lebih afdal bagi sesebuah negeri melainkan diurus oleh anak tempatan tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak, kerana anak tempatan lebih faham dan tahu akan harapan dan aspirasi rakyat.

Lebih setengah abad, rakyat Sabah bergantung harap pada pemimpin luar, dan kesannya apa yang dihadapi rakyat pada masa ini, ketinggalan serba serbi, baik berkaitan kemudahan asas, insiden kemiskinan, pengangguran yang tinggi, malah infrastruktur yang jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.

Cuba bayangkan kerajaan negeri pada hari ini walaupun telah diwujudkan ordinan pertanbiran kampung yang mana hanya kerajaan negeri yang mempunyai kuasa melantik jawatankuasa yang mengurus kemajuan dan keselamatan kampung, Presiden Umno atau parti Umno mempergunakan kementerian Persekutuan mengwujudkan pecah dan perintah apabila melantik jawatankuasa yang serupa. Makna pada tindakan itu, pemimpin Umno termasuk pemimpin parti itu di Sabah phobia sangat pada bersatunya atau sepakatnya rakyat Sabah.

Rakyat Sabah perlu mengambil iktibar kesan perpecahan maka kemajuan dan pembangunan tidak berjalan lancar malah terbantut, sehinggakan sumber dalam hal ini peruntukan tidak dapat digunakan secara optimum atas sebab digunakan untuk kepentingan politik.

Kerajaan Sabah hari ini sebaik sahaja mengambil alih kerajaan negeri telah melancarkan Halatuju negeri, iaitu Sabah Maju Jaya. Menerusi halatuju dirangka berbagai pendekatan untuk mengejar ketinggalan kemajuan dan pembangunan negeri. Lagipun, parti yang menerajui kerajaan memperkenalkan pendekatan SABAHFIRST, SABAHFORWARD, SABAHPROSPER DAN SABAHUNITED DEMI SAYANGI SABAH. Misi pada pendekatan ini untuk mengwujudkan kestabilan politik, Kemakmuran dan Kesejahteraan pada rakyat.

Rakyat Sabah secara keseluruhannya perlu sedar, lebih setengah abad, hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seperti bayaran 40 peratus hasil bersih Persekutuan di Sabah tidak diberikan, sehinggakan perlu dituntut, pun demikian sehingga kini tuntutan itu belum terealisasi malah menjadi kes mahkamah.
Sanggup kah rakyat Sabah dipimpin Umno daripada Sabah yang daripada awal-awal lagi menentang tuntutan bayaran 40 peratus seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 112C dan 112D?

Sanggup kah rakyat Sabah diperkotak-katikkan hanya untuk kepentingan para pemimpin yang menjadi pak angguk pada pemimpin lain? Tentunya tidak lagi, kerana telah merasainya berdekad-dekad. Atas sebab itu, rakyat Sabah secara umum jangan lagi sanggup dipetik ular daripada lubang yang sama, walaupun sesetengahnya terutama penyokong Umno di bawah Datuk Bung Moktar Radin masih bersanggupan.

PRN-17 Sabah akan datang adalah masa yang ditunggu-tunggu untuk menoktahkan kehadiran parti yang menjadi agen pada perpecahan dan agen pada kemunduran rakyat dan negeri.

Pada rakyat Sabah perlu berdiri teguh mempertahankan rumah sendiri, jika bukan siapa lagi. Dan rumah itu adalah GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS). Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment