Home » GRS harus sentiasa bersedia dalam pencaturan politik
Politik Sudut Pandangan

GRS harus sentiasa bersedia dalam pencaturan politik

Jika kecenderungan pengundi tidak banyak berubah pada PRN-17 akan datang, dijangka GRS adalah parti yang menang kerusi terbanyak.


MAJLIS pimpinan PAKATAN HARAPAN (PH) Sabah dalam satu kenyataan pada Sabtu bahawa parti itu belum memutuskan sebarang bentuk kerjasama untuk menghadapi PRN-17 Sabah walaupun untuk masa ini kekal menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah sehingga penggal berakhir.

Penggal ke-16 Dewan Undangan Negeri Sabah (DUNS) sehingga Oktober 2025.

PH Sabah sedang menarajui Kerajaan Sabah bersama-sama GRS Plus sejak 10 Januari 2023.

Di Sabah parti yang sibuk bercakap berkaitan pilihan raya negeri ke-17 adalah parti Umno dan Parti Warisan. Malah Umno telah merancang bekerjasama dengan beberapa parti tetapi dengan keutamaan pada PH untuk selari dengan Kerajaan Persekutuan.

Apapun bentuk kerjasama pada PRN-17, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kena bersedia dengan sebarang percaturan.

Jika memang di peringkat akar umbi di dapati kecenderungan tinggi mengikut jejak GPS Sarawak, maka GRS kena bersedia berdepan dengan apa sekalipun percaturan parti-parti lain.

Sebagai parti tunjang kerajaan negeri, GRS kena menunjukan kesanggupan, keberanian bergerak solo, tanpa kerjasama parti-parti lain, jika parti-parti yang bersama dengan kerjaan hari ini memutuskan pendekatan lain.

GRS adalah gabungan parti-parti lokal/tempatan yang bermisi sebagai parti mandiri dan sebagai platform rakyat Sabah mengurus, mangatur negeri untuk masa depan generasi akan datang.

Para pemimpin gabungan itu telah merasai apabila sebahagian daripada parti-parti yang dikemudikan pemimpin luar, kesannya terhadap rakyat dan negeri dihadapi sehingga sekarang, manakala negeri jiran Sarawak yang tidak pernah bergantung pada pemimpin luar, rakyat negeri itu menuai kemakmuran dan kesejahteraan.

Kepimpinan GRS di semua peringkat, mempunyai kemampuan selain bertanggungjawab pada amanah yang diberikan, sepertimana tindakan-tindakan mereka selama 4 tahun menerajui kerajaan negeri apabila kutipan hasil negeri terus meningkat, nilai perdagangan negeri melonjak, kadar pembangunan semakin rancak, juga kemasukan pelaburan ke dalam negeri juga terus meningkat.

Kerajaan yang diterajui GRS telah mengatur berbagai strategi menerusi Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sehingga 2025, dan akan berterusan menerusi halatuju 5 tahun berikutnya.

Menerusi halatuju negeri, tiada sektor yang membabitkan rakyat terlepas pandang termasuk lah menangani insiden kemiskian, kemudahan asas, prasarana kepentingan rakyat, juga termasuk pembangunan modal insan, selain melibatkan generasi pelapis (generasi muda) memajukan dan membangun negeri.

Peluang rakyat Sabah menentukan halatuju sendiri adalah melalui PRN-17 Sabah akan datang. PRN itu dilihat sebagai “Gameschanger” politik Sabah untuk bergerak ke hadapan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment