Home » Kriteria kerajaan yang perlu disokong
Politik Sudut Pandangan

Kriteria kerajaan yang perlu disokong

APABILA pemimpin sesebuah kerajaan secara terang-terangan membuat kenyataan, pengakuan TIDAK AKAN SESEKALI berkompromi berkaitan hak-hak dan kepentingan negeri, maka pemimpin itu lah yang perlu disokong.

Pemimpin berani dan berpendirian adalah pemimpin yang boleh menunaikan harapan dan aspirasi rakyat.

Sabah pernah dipimpin pemimpin yang saling berganti akan tetapi tidak terdapatnya pemimpin yang berani mempertahankan pendirian, sebaliknya jatuh pada lingkaran sorong tarik, dan kesannya apa yang dihadapi rakyat hari ini langsung tidak setanding dengan negeri-negeri lain termasuk negeri jiran Sarawak sedangkan sama-sama bermula pada garisan yang sama itu pada 16 September 1963.

Ketegasan pemimpin kerajaan pada hari ini terutama berkaitan tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan daripada Sabah, memerlukan sokongan semua rakyat untuk mengwujudkan “bargining power” yang tidak boleh ditolak.

Isu tuntutan 40 peratus telah berlarutan hampir setengah abad belum ada penyelesaian walaupun kerajaan negeri bersetuju dengan bayaran interim bermula pada tahun 2022.

Kerana persetujuan kerajaan negeri tersebut menerusi Perintah Kajian Semula 2022 “bayaran khas” Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) memohon Semakan Kehakiman dan akan diputuskan pada 18 Jun 2024 oleh Mahkamah Rayuan Kota Kinabalu, apa kah kebenaran yang diberikan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 11 November 2022 kekal.

Pendirian Kerajaan Negeri hari ini apapun keputusan mahkamah berkaitan Semakan Kehakiman SLS itu tidak mengubah pendirian melainkan akan terus menuntut tuntutan tersebut sehingga terealisasi.

Kerana ketegasan para pemimpin Kerajaan Negeri hari ini, maka ada usaha-usaha pihak-pihak tertentu untuk menggagalkannya menerusi gerakan politik menerusi mengambil alih kerajaan negeri pada PRN-17 Sabah akan datang.

Rakyat Sabah perlu sedar dengan gerakan secara terang-terangan itu, apabila Presiden Umno menerusi Kementerian Persekutuan yang diterajui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mempengaruhi rakyat untuk berpecah dengan harapan Umno menang seberapa banyak kerusi pada PRN-17 untuk menafikan kekuatan parti-parti yang menerajui Kerajaan Negeri.

Matlamat Umno bukan sahaja mengambil alih kerajaan negeri akan tetapi juga untuk membantutkan tuntutan 40 peratus. Pendirian pemimpin parti itu terutama Ketua Umno Sabah Datuk Bung Moktar Radin, tuntutan 40 peratus tidak boleh dilaksana kerana boleh menyebabkan negara muflis.

Rakyat Sabah untuk masa ini sehingga tuntutan hak-hak Negeri dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terealisasi tiada altermatif lain melainkan perlu memberi sokongan tidak berbelah bahagi pada Kerajaan Negeri dan sokongan itu perlu diterjemahkan melalui sokongan pada Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN-17 akan datang.

Sokongan 2/3 iaitu 49/73 kerusi DUN Sabah perlu diberikan pada GRS sebagai kekuatan untuk memastikan tuntutan hak-hak negeri dalam MA63 dapat ditunaikan “once for all” demi generasi akan datang.

Cukup-cukup lah generasi merdeka dinafikan dengan hak-hak negeri sepertimana yang termaktub dalam MA63, jangan lagi diwariskan pada generasi penerus. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment