Home » Tuntutan 40 peratus Sabah: Tiada kena mengena dengan permintaan negeri lain
Politik Sudut Pandangan

Tuntutan 40 peratus Sabah: Tiada kena mengena dengan permintaan negeri lain

Sabah tidak boleh berganjak lagi berkaitan tuntutan 40 peratus kerana telah tertangguh sekian lama.

SECARA jelas, Persekutuan Malaysia adalah perkongsian antara Sabah- Sarawak-Malaya ( mewakili negeri-negeri di Semenanjung).

Jika Pulau Pinang, Johor dan negeri-negeri di Semenanjung meminta peruntukan kerana memberi alasan menyumbang pada hasil negara, ianya tidak kena mengena dengan tuntutan 40 peratus hasil Persekutuan daripada Sabah, kerana tuntutan itu merupakan perjanjian dalam MA63.

Pada Jumaat Perdana Menteri dalam ucapan Penutupan Pesta Kaamatan 2024 menyebut bahawa untuk tahun 2024 Kerajaan Persekutuan menyediakan RM16 bilion untuk Sabah (diharapkan benar-benar terealisasi sehingga 31 December 2024), kerana biasanya peruntukan seumpama ini hanya atas kertas, kerana hujung tahun tidak sampai separuh direalisasikan (rekod yang lalu-lalu).

Ramai pihak di Sabah terperanjat angka RM16 lebih besar berbanding tuntutan 40 peratus, bermakna data kutipan Persekutuan daripada Sabah dalam simpanan Kementerian Kewangan Persekutuan akan tetapi enggan berkongsi data itu dengan kerajaan negeri.

Dalam ucapan Perdana Menteri itu tidak jelas, apakah angka RM16 bilion itu merujuk untuk setahun atau kah 48 tahun yang dipersiakan. Jika merujuk untuk tempoh setahun memang dapat diterima.

Sabah tidak boleh berganjak lagi berkaitan tuntutan 40 peratus kerana telah tertangguh sekian lama. Tiada kelojikan lagi tuntutan itu dikendurkan atau dikompromikan, kerana pemimpin Sabah masa ini tidak lagi mahu ianya diwariskan pada generasi akan datang.

Dimaklumi dalam ucapan ringkas memang tidak secara detail, tetapi apabila menyentuh berkaitan asas, maka mengundang berbagai reaksi dan tanda tanya.

Diharapkan dengan menyebut angka RM16bilion tiada maksud tersirat untuk rakyat percaya bahawa tuntutan pemimpin kerajaan negeri tidak berbaloi atau tidak signifikan, kerana menutut jumlah yang rendah berbanding diberikan.

Di lain pihak pula rakyat kena dimaklumkan atau difahamkan antara tuntutan dan tanggungjawab Persekutuan berbeza. Tuntutan negeri sepenuhnya diurus oleh kerajaan negeri, tanggungjawab Persekutuan diurus sepenuhnya oleh Persekutuan, kecuali projek-projek bawah RM50juta yang dibenarkan dikendalikan oleh kerajaan negeri.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment