Home » Perhimpunan KAMIMAHUAIR: didalangi pemimpin Warisan?
Politik Sudut Pandangan

Perhimpunan KAMIMAHUAIR: didalangi pemimpin Warisan?

Dikhabarkan himpunan sekelompok pelajar yang disertai pemimpin parti Warisan dan penyokong telah mendedahkan dalang sebenar isu gangguan air di kawasan Kota kinabalu.

PADA awalnya difikirkan gerakan KAMIMAHUAIR adalah gerakan “genuine” daripada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) rupanya didalangi Parti Warisan yang mempergunakan bekas pelajar universiti itu yang masih mempunyai beberapa kawan yang masih belajar.

Seperkara lagi menurut Menteri KKR  Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga Timbalan Ketua Menteri III Negeri Sabah kemungkinan ada unsur sabatoj mengganggu bekalan air kawasan Kota Kinabalu, kerana didapati hanya mereka mempunyai pengalaman berkaitan perpaipan boleh melaksanakannya kerana menutup injap bukan kerja yang boleh dilakukan orang awam.

Rakyat Sabah jangan lupa pemimpin Parti Warisan pernah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), dan juga tidak sedikit kontraktor JANS yang terkait dengan parti itu.

Pihak berkuasa terutama PDRM perlu menjalankan siasatan untuk mencari dalang sabotaj bekalan air kerana ianya untuk kepentingan awam.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata pelbagai cabaran ditempuh dalam mengurus masalah bekalan air ini, namun apa yang lebih mendukacitakan ada pihak yang cuba mensabotajkan segala usaha kerajaan ini.

Jabatan Air Negeri Sabah selain berdepan dengan penyambungan haram, perpaipan usang, kini berdepan pula dengan kerja-kerja sabotaj.

Bekalan air yang dibekalkan Loji Rawatan Air yang tersedia mencukupi permintaan pengguna, akan tetapi kerana masalah-masalah teknikal yang menyumbang pada Non-Reveniue Water (NRW) yang tinggi, adalah punca yang dikenalpasti gangguan bekalan air. Dan kini, semakin dahsyat lagi masalah dihadapi JANS kerana berhadapan dengan kerja-kerja sabotaj.

Penulis melihat himpunan sekelompok pelajar yang disertai pemimpin parti Warisan dan penyokong telah mendedahkan dalang sebenar isu gangguan air di kawasan Kota kinabalu, ekoran ketidak puashatian pemimpin Parti Warisan kerana kerajaan bertegas dengan penyambungan haram di sekitar Sepanggar dan kawasan UMS, sedangkan sebahagian besar mereka itu adalah penyokong atau ahli parti pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.

Segelintir pelajar yang tidak menyadari muslihat itu terpengaruh lalu menyertai himpunan yang tidak mendapat sambutan daripada mana-mana pihak kecuali simpatisan dan penyokong Parti Warisan.

Mereka yang berhimpun itu apapun penjelasan berkaitan status bekalan air  tidak akan mereka terima, kerana pada mereka, misi dalang perlu diutamakan.

Penulis melihat beberapa video termasuk pengakuan anak penulis sendiri yang sedang belajar di universiti itu, gangguan bekalan air tidak sepertimana diuar-uarkan oleh segelitir pelajar itu, kerana secara umumnya bekalan di kawasan kampus mencukupi.

Apa yang boleh disimpulkan pada himpunan KAMIMAHUAIR adalah kegagalan total parti Warisan mempengaruhi orang ramai menyertainya. Ianya membawa makna tiada isu bekalan air membabitkan rakyat.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .