Home » Hajiji serah 157 ekor lembu korban
Berita Tempatan Politik

Hajiji serah 157 ekor lembu korban

SERAH: Hajiji ketika dalam majlis penyerahan itu.

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyampaikan sumbangan 157 ekor lembu korban kepada masjid, surau, jabatan-jabatan kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di sekitar Tuaran dan Tamparuli sempena dengan Hari Raya Aidil Adha.

Majlis penyerahan yang diadakan di Pusat Kebudayaan Bajausama di Lok Batik telah dihadiri seramai 67 wakil dari masjid dan surau, 18 daripada jabatan keselamatan negeri dan persekutuan serta 17 NGO.

Antara yang menaja dalam sumbangan itu adalah Sawit Kinabalu dan Sabah Energy Corporation.

Hari Raya Aidil Adha disambut pada 17 Jun ini (Isnin).

— TAMAT