Home » Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah tidak ikhlas : Jalumin
Berita Tempatan Politik

Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah tidak ikhlas : Jalumin

Datuk Jalumin Bayogoh ialah Pengarah Komunikasi Parti Star. Beliau merujuk kepada video yang dimuat turun olehTIKTOKER pro Barisan Nasional Suara-mahraen baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah yang dianjurkan untuk menuntut menyelesaikan masalah air dilihat tidak Ikhlas dan mempunyai agenda tersembunyi kata Ketua Penerangan Parti STAR Datuk Jalumin Bayogoh.

Jalumin berkata demikian di sebuah kenyataan yang disiarkan pagi tadi.

Peserta perhimpunan terdiri daripada mahasiswa dan orang awam berhasrat untuk menyampaikan memorandum kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada Jumaat ini.

“Kita sedia maklum bahawa masalah air ini adalah masalah zaman- berzaman dan bukannya hanya terjadi ketika pemerintahan GRS.

“Walaupun ini adalah masalah yang diwarisi dari pemerintahan terdahulu, GRS sedang berusaha untuk menyelesaikannya walaupun mengambil masa yang agak Panjang,”ujar beliau.

Di perhimpunan tersebut, Polis menahan sembilan individu tanpa dokumen pengenalan diri, dipercayai menyertai Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah anjuran kumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, mengesahkan semua individu terbabit ditahan selepas mereka hadir ke tempat perhimpunan berkenaan.

Beberapa pemimpin dari Parti pembangkang turut dilihat di sekitar kawasan perhimpunan.

“Kehadiran beberapa pemimpin politik pembangkang dan keterlibatan individu-individu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri  mengukuhkan fakta bahawa perhimpunan #KamiMahuAir ini bukanlah agenda dari mahasiswa UMS semata-mata tetapi sebaliknya.”

“Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir Shahelmey Yahya telah diwakilkan oleh Ketua Menteri untuk menerima memorandum mereka pada hari itu, namun demikian ketua demonstrasi enggan memberi memorandum itu kepada beliau dan mereka bertegas mahu memberikan hanya kepada Ketua Menteri.”

“Saya rasa, sikap demikian amat biadap dan nyata sekali mempunyai agenda lain dan bukannya memberikan tuntutan masalah air,” tambah Jalumin lagi.

“Sekiranya ada wakil dari kerajaan negeri di lokasi serahkan sahaja memorandum itu untuk tindakan lanjut kerana pada akhirnya maklumat itu akan sampai kepada pihak tertinggi iaitu Ketua Menteri,” katanya.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment