Home » Liew dilantik Penasihat PPN Sabah
Berita Tempatan Politik

Liew dilantik Penasihat PPN Sabah

Bekas Menteri Belia dan Sukan Negeri, Brig. Jen (B) Tan Sri Liew Yun Fah .

KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah mengumumkan pelantikan bekas Menteri Belia dan Sukan Negeri, Brig. Jen (B) Tan Sri Liew Yun Fah sebagai penasihat pertubuhan itu.

Pengerusi PPN Sabah, Datuk Mohd.Nazri Abdullah berkata, pelantikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai itu diputuskan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPN Sabah pada mesyuarat, pada Rabu. 

Beliau mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan Mesyuarat AJP PPN Sabah di pejabat PPN Sabah, Kolombong.

“Dengan pelantikan itu, beliau (Tan Sri Liew Yun Fah) yang turut terlibat dalam sektor pertanian dan industri makanan dapat membantu pembangunan para peladang di negeri ini” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Mohd Nazri berkata, PPN Sabah yakin dan percaya Liew dapat memberikan sumbangan bakti yang berkesan dalam membantu masyarakat peladang di Sabah.

 Mohd Nazri (lima dari kiri) bersama AJP PPN Sabah pada sidang media di pejabat PPN Sabah.
MESYUARAT: Mohd Nazri (lima dari kiri) bersama AJP PPN Sabah pada sidang media di pejabat PPN Sabah.

Liew adalah Pengerusi Kumpulan DESA, sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) yang terlibat dalam sektor pertanian, terutama sub sektor ternakan dan pengeluaran makanan.

Sementara itu, Mohd Nazri turut mengumumkan PPN Sabah akan menceburi perniagaan beras di Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya tidak lama lagi.

“Kita juga akan mengembangkan perniagaan-perniagaan tertentu yang melibatkan pengeluaran makanan untuk pasaran tempatan dan luar Sabah, terutama negara Brunei Darussalam dan Nusantara Indonesia.

“Kita merancang untuk mencari peluang-peluang perniagaan yang berpotensi  untuk diterokai, supaya PPN Sabah dapat menjana lebih banyak pendapatan,” katanya.

— Hamzah S

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment