Home » Tewas kepada Kerry Chee, Flovia terima kekalahan dengan hati terbuka
Berita Tempatan Politik

Tewas kepada Kerry Chee, Flovia terima kekalahan dengan hati terbuka

Bagi Flovia,kekalahan bukan bermakna pengakhiran dalam perjalanan politik tetapi sebaliknya.

KOTA KINABALU: Wakil Rakyat Tulid dan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat YB Datuk Flovia Ng menerima kekalahan dengan hati terbuka dalam perebutan jawatan sebagai Ketua Exco Wiranita StarSabah bagi sesi 2024/2027.

Flovia,turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Kerry Chee, nama sebenar Chee Kheng Moi yang telah memenangi Ketua Exco Wiranita StarSabah apabila berjaya menewaskan beliau sebagai penyandangnya.

“Walaupun keputusan pemilihan tidak berpihak kepada saya, saya merasa bangga kerana berpeluang untuk bertanding dan berjuang bersama meraka,”ujar bekas Ketua Exco Wiranita StarSabah itu.

“Kekalahan bukan bermakna pengakhiran dalam perjalanan politik tetapi sebaliknya. Saya dan rakan -rakan sepasukan menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan penuh keikhlasan,” ujar Flovia.

Kerry Chee, kini secara sah menyandang Ketua Exco Wiranita StarSabah bagi sesi 2024/2027


Kekalahan Flovia untuk mempertahankan jawatan itu kepada Kerry Chee merupakan satu kejutan kepada orang ramai.

Dalam pemilihan tersebut beliau hanya memperolehi 81 undi berbanding pencabarnya yang memperolehi sejumlah 167 undi, apabila diumumkan secara rasmi lewat petang Jumaat di ibu pejabat parti itu di Sokid Villa, Penampang.

Seorang lagi pencabar Flovia untuk merebut kerusi Ketua Exco Wiranita itu ialah Evelyn Gobili  yang hanya mendapat 8 undi.

— TAMAT