Home » SDB rugi RM5Bilion atas kertas
Politik Sudut Pandangan

SDB rugi RM5Bilion atas kertas

Pengurusan baru SDB yang mengambil alih   awal tahun 2023 sangat berani apabila menetapkan provisi pada amaun tertentu sebagai asas untuk bertindak agresif dan proaktif untuk mendapatkan hutang tertunggak.

MENGAPA Bank Pembangunan Sabah (SDB) bakal melaporkan kerugian RM5bilion atas kertas bagi tahun kewangan 2023-2024, atas sebab  RM3.9 bilion pinjaman yang diberikan berstatus pinjaman tidak berbayar (NPL).

Dengan mengandaikan pinjaman yang diberikan itu langsung tidak berbayar, maka keperluan perakunan dalam penyediaan penyata akaun/kewangan maka perlu ada “provision” atas kertas untuk penetapan untung-rugi (profit-loss).

Oleh kerana tindakan menuntut bayaran tertunggak berterusan termasuk bakal melelong aset yang dicagarkan atau menjadi jaminan, maka “provision” pada laporan kewangan seterusnya, dikurangkan atau diturunkan, sesuai dengan amaun yang berjaya dikutip.

Pengurusan baru SDB yang mengambil alih   awal tahun 2023 sangat berani apabila menetapkan provisi pada amaun tertentu sebagai asas untuk bertindak agresif dan proaktif untuk mendapatkan hutang tertunggak.

Pelaporan media yang tidak tepat, selain putar belit pembangkang, seolah-olah SDB rugi RM5bilion. Pengertian rugi, adalah berkaitan perbelanjaan yang telah digunakan, akan tetapi tiada pulangan, berbeza dengan rugi atas kertas dalam bentuk provision.

Oleh kerana peluang mendapatkan semula pinjaman tertunggak dijalankan secara agresif, sehinggakan ditetapkan KPI RM1bilion setahun, maka dalam tempoh 3 tahun, kedudukan pinjaman tidak berbayar (NPL) akan selesai, pada masa itu “provision” menuju sifar. Apabila provision menjadi sifar, maka untung-rugi mengambarkan penyata akaun sebenar.

Atas sebab keyakinan kerajaan Negeri pada pengurusan baru SDB berkaitan “recovery” hutang tertunggak dan transformasi yang dilaksanakan, maka dalam beberapa tahun ke hadapan, SDB bakal muncul sebagai entiti perbankan milik kerajaan negeri yang patut dibanggakan oleh rakyat negeri ini.

Seperti kata Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Haji Masidi Manjun, kedudukan SDB di masa depan mencerminkan kedudukan kewangan negeri, kerana itu tindakan agresif perlu dilaksanakan antaranya menerusi penstrukturan dana pinjaman yang diberikan bank tersebut pada sebuah entiti negeri, Sabah International Petroleum (SIP).

Kerajaan Negeri menubuhkan SMJ Energy untuk mengambil alih SIP. Dengan mengambil alih SIP, maka beban bon yang ditanggung SDB berkaitan dengan syarikat itu dilangsaikan.

Dilain pihak pula SMJE mendapat keyakinan daripada awam apabila menerbitkan SUKUK RM900juta mendapat 3.9 kali langganan. Langganan yang tinggi membolehkan syarikat itu mendapat dana yang diinginkan berkadar rendah.

Berkaitan dakwaan Presiden Warisan Datuk Shafie Apdal mengapa perlu SMJE menerbitkan SUKUK untuk mengambil alih SIP, sedangkan SIP dan SDB adalah entiti milik kerajaan negeri, dan rundingan antara SIP dan SDB berkaitan pinjaman boleh dilakukan. Apa yang cuba disembunyikan oleh Presiden Warisan itu, kupon BON yang ditanggung SDB berkaitan pinjaman yang diberikan pada SIP berkadar tinggi. Apabila SMJE melangsaikan BON tersebut tersebut, maka SDB terlepas daripada beban kupon yang tinggi, malah menerusi penstrukturan itu, SDB menjimat RM35juta setahun, SIP pula menjimat RM60 juta setahun, SMJE pula mendapat untung bersih RM259 juta pada tahun 2023 selepas mengambilkira tabungan untuk bayaran kupon.


Kemudian dakwaan Shafie penubuhan SIP seperti kes 1MDB, kerana entiti itu berbelanja tanpa kawalan kerajaan (kementerian kewangan), sedangkan SIP dengan pemilikan ekuiti menerusi LNG9 Bintulu menghasilkan pulangan RM150juta setiap tahun selama 13 tahun (bersamaan RM1.950 bilion, lebih 2 kali ganda sukuk), manakala SMJE pula kerana mengambil alih SIP dengan sertamerta mendapat pulangan RM397juta, selain RM271 juta sumbangan SIP setakat ini.

Penstrukturan SDB-SIP-SMJE tidak melibatkan kecurian wang seperti mana kes 1MDB, atas sebab itu semasa sidang DUN Sabah pada 10 Julai semasa menjawab soalan daripada Shafie, Masidi menyatakan antara SIP dan 1MDB ibarat langit dan bumi.

Penulis yakin menerusi pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor, SMJE bakal menjadi syarikat gergasi milik negeri di masa akan datang. Apabila mencapai status demikian, maka dividen tahunan kepada kerajaan negeri akan terus meningkat, dan sasaran untuk tahun 2027, kutipan hasil negeri melepasi RM10bilion bukan angan-angan akan tetapi sesuatu yang pasti.

Kepada rakyat Sabah jangan sesekali terperdaya dengan dakwaan Shafie, kerana Presiden Warisan itu membawa rakyat bersangka jahat pada kerajaan, sedangkan tindakan kerajaan hari ini adalah menyelesaikan isu-isu rumit termasuk isu-isu kewangan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment