Home » Sukuk SMJE, modal politik Shafie Apdal
Politik Sudut Pandangan

Sukuk SMJE, modal politik Shafie Apdal

Isu SUKUK atau BON, semasa Datuk Seri Shafie Apdal Ketua Menteri , semasa mesyuarat Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Sabah (SDB) bersetuju kemudianya BOD meluluskan penerbitan BON/SUKUK RM10bilion, antara lain digunakan untuk membayar pinjaman SIP pada SDB, namun perbitan BON tersebut tidak menjadi kenyataan kerana tiada yang berminat atau tiada pelanggan atau dalam bahasa mudah GAGAL.

APABILA seseorang pemimpin gagal mendapatkan perkara yang sama, manakala pemimpin lain pula sukses, maka yang gagal itu memutar belit latar belakang perkara itu untuk modal politik.

Isu SUKUK atau BON, semasa Datuk Seri Shafie Apdal Ketua Menteri , semasa mesyuarat Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Sabah (SDB) bersetuju kemudianya BOD meluluskan penerbitan BON/SUKUK RM10bilion, antara lain digunakan untuk membayar pinjaman SIP pada SDB, namun perbitan BON tersebut tidak menjadi kenyataan kerana tiada yang berminat atau tiada pelanggan atau dalam bahasa mudah GAGAL.

SDB memerlukan sokongan untuk memenuhi obligasi kupon/faedah kesan penerbitan BON apabila mengambilalih SIP daripada pasaran terbuka, pada masa sama juga berdepan kecairan kesan hutang tidak berbayar (NPL) RM5bilion yang diberikan pada pemaju hartanah di Selangor, Lembah Kelang dan Johor.

Semasa Shafie Ketua Menteri, tiada cara membantu SDB mengurangkan obiligasi kupon, tetapi yang menjadi pelik SDB memberikan pinjaman RM300juta kepada AirAsia.

Dalam keadaan SDB berdepan dengan kecairan wang tunai, perlu pula memberi pinjaman!!! Apa maksud tersirat pada tindakan itu? sedangkan jika SDB gagal memenuhi obligasi kupon, maka Kerajaan Negeri terpaksa “top-Up” sepertimana berlaku pada kes 1MDB, apabila syarikat gergasi itu tidak cukup wang memenuhi obligasi faedah, maka kerajaan terpaksa memberi pendahuluan.

Apabila Kerajaan GRS yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengambilalih kerajaan, dirangka tindakan penyelesaian masalah yang didepani SDB. Salah satu penyelesaian itu adalah pengwujudan entiti baru, dan entiti itu adalah SMJ Energy. Berbekalkan prospektus syarikat tersebut, maka SMJE menerbitkan SUKUK RM900juta, bukan sahaja sukses akan tetapi mendapat 3.9 kali langganan dan dianggakap penerbitan pengumpulan dana bukan IPO terbaik bagi tahun 2023 dan mendapat penarafan triple A (AAA) oleh RAM Rating.

Oleh kerana SMJE mengambilalih SIP daripada SDB, maka pinjaman syarikat itu ditebus. Menerusi proses itu, bahasa bisnes penstrukuran syarikat, SDB terbebas daripada beban kupon/faedah, pada masa sama juga SIP terbebas daripada membayar faedah atau tanggungan termasuk pinjaman pokok (prinsipal).

Penstrukturan itu menghasilkan keadaan menang-menang, SDB jimat kupon/faedah RM35 juta setahun, SIP jimat RM60juta setahun, SMJE pula sertamerta untung RM397juta, selain sumbangan SIP RM271 sejak diambilalih, dan 10 peratus pegangan SIP pada LNG9 Bintulu menyumbang RM150 juta setahun untuk 13 tahun.

Kewujudan SMJE bukan sahaja mengwujudkan keadaan menang-menang akan tetapi syarikat itu melaporkan keuntungan bersih RM259juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Kesukesan SMJE meneribitkan SUKUK dan keuntungan bersih yang dijana selain tersedianya kecairan SDB menyebabkan Shafie terpukul, kerana akan menjadi REKOD selama-lamanya kegagalan beliau sebagai Ketua Menteri atau ketua kerajaan. Atas sebab itu, Presiden Warisan itu bertindak mencipta berbagai dakwaan sebagai “control damage” atas kegagalan.

Apa yang sangat TIDAK munasabah Shafie menggambarkan apa yang telah berlaku pada isu kecairan SDB khasnya NPL RM5bilion seolah-olah berlaku pada era kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Selain itu semasa berbahas di DUN Sabah pada 11 Julai 2024 menuding jari pada “collective resposibility” kerajaan Barisan Nasional kerana isu pinjaman daripada SDB yang menjadi NPL berlaku pada era kerajaan tersebut.

Jelas apa yang tersirat daripada berdegar-dengarnya Shafie mempermasalahkan isu SDB-SIP-SMJE, kerana penyelesaian isu rumit itu berjaya diselesaikan pada era kerajaan GRS, dan satu kegagalan Kerajaan Warisan. ITU SAJA, puncanya.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .