SETIAP pengundi yang berbekal dengan satu undi apabila mengundi seorang calon kerana berkeyakinan calon itu akan menang dan membentuk kerajaan.
Apabila keputusan diumumkan, walaupun calon itu menang akan tetapi tidak dapat membentuk kerajaan, atas sebab parti yang diwakili tidak cukup kerusi.
Kerana tidak cukup kerusi, maka menjadi blok pembangkang.
Sebagai wakil rakyat pembangkang, tidak kurang apapun, kerana ganjaran sebagai wakil rakyat 100 peratus dibayar. Manakala rakyat yang diwakili juga tidak kurang apapun kerana kekal mendapat pembelaan daripada kerajaan off the day, separti mana di kawasan-kawasan lain yang diwakili kerajaan.
Perbezaannya, hanya daripada segi kawalan peruntukan yang diberikan kerajaan, wakil rakyat kerajaan ada akses pada peruntukan tersebut, manakala wakil rakyat pembangkang tidak.
Kerana wakil rakyat yang ada akses pada peruntukan kerajaan, apa tah lagi peruntukan untuk wakil rakyat itu, maka wakil rakyat itu mengawal dengan ketat ke mana peruntukan itu disalurkan/diberikan. Menerusi kawalan tersebut terwujudlah kartel mengurus agihan peruntukan. Berbeza di kawasan yang diwakili pembangkang, agihan peruntukan dikawal pegawai daerah selaras dengan perancangan kemajuan dan pembangunan daerah tersebut.
Di kawasan pembangkang tidak dinafikan ada wakil lantikan kerajaan bekerjasama dengan pegawai daerah/pejabat pegawai daerah mengurus peruntukan. Wakil yang dilantik kerajaan tersebut diharapkan mendapat kepercayaan rakyat, dan apabila tiba pilihan raya calon kerajaan boleh merampas kawasan tersebut.
Dakwaan wakil rakyat pembangkang, bahawa rakyat yang mengundi mereka dihukum hanya bermotif politik, dan dijadikan modal agar rakyat di kawasan yang mengundi mereka untuk jadi wakil rakyat memandang negatif pada kerajaan, sedangkan pada hakikatnya di kawasan-kawasan sedemikian pembelaan pada rakyat lebih menyeluruh berbanding kawasan yang diwakili wakil rakyat kerajaan.
Tidak pelik, di kawasan-kawasan yang diwakili wakil rakyat kerajaan, sangat ketara perbezaan daripada segi kemajuan dan pembangunan, kerana berlaku selektif daripada segi memajukan dan pembangunan.
Tidak dapat disalahkan apabila sesebuah kampung atau permukiman yang diwakili wakil rakyat kerajaan kemajuan dan pembangunan lebih menonjol atas sebab wakil rakyat tersebut berasal daripada kampung tersebut, seperti mana berlaku semasa Tan Sri Chong Kah Kiat ketua menteri selama dua tahun, jalanraya menuju Kudat cukup terperlihara, selain banyak peruntukan mengalir ke kawasan tersebut.
Apa yang tidak disedari, tindakan memajukan dan membangun secara selektif mengundang banyak negatif berbanding positif, yang boleh menyebabkan wakil rakyat tersebut kalah dalam pilihan raya. Bukan kejutan apabila kerusi samada DUN/Parlimen yang diwakili wakil rakyat kerajaan termasuk yang berkedudukan kalah.
Ambil iktibar pada mereka yang berdekad-dekad kekal sebagai wakil rakyat, kerana tindakan wakil rakyat tersebut tidak mengamalkan memajukan dan membangun secara selektif melainkan menyeluruh, cubit paha kiri, paha kanan turut merasa. Ertinya tidak timbul kecemburuan antara rakyat.
Penulis berpandangan, jika pada PRN-17 akan datang, ada wakil rakyat kerajaan termasuk yang berkedudukan ditolak rakyat di kawasan yang disandang, kerana tindakan wakil rakyat itu tidak adil pada rakyat di kawasan yang diwakili.
PRU-14 (tahun 2018) perlu menjadi pengajaran dalam penentuan pemilihan calon, kerana calon yang dipilih walapun berkedudukan dalam kerajaan termasuk Timbalan Ketua Menteri, Menteri, pengerusi agensi/badan berkanun kerajaan ditolak rakyat. FIKIR-FIKIRKAN.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment