Home » Hajiji hadir Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong
Berita Tempatan Politik

Hajiji hadir Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong

HADIR: Hajiji bersama Juliah semasa menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Sabtu.

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag menghadiri majlis Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pada Sabtu.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

HADIR: Hajiji bersama Juliah semasa menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Sabtu.

— TAMAT