Home » Gagasan Rakyat Tambunan semakin kukuh dengan kemasukan 1,000 ahli baru
Berita Tempatan Politik

Gagasan Rakyat Tambunan semakin kukuh dengan kemasukan 1,000 ahli baru

TERIMA KASIH: Victor menerima borang keahlian daripada Michael (empat kanan) yang mewakili 1,000 ahli baharu yang menyertai parti itu di Majlis Penyerahan Borang keahlian di Tambunan.

TAMBUNAN: Kedudukan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan bertambah kukuh dengan kemasukan seramai 1,000 ahli baharu ke dalam parti itu di sini pada Sabtu.

Borang keahlian berkenaan diserahkan oleh mantan Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Michael Emban mewakili ahli-ahli baharu berkenaan kepada Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan, Datuk Victor P. Paut bertempat di Dewan Masyarakat Tambunan.

Beliau sendiri merupakan ahli baharu yang telah menyertai Gagasan Rakyat khamis lalu di pejabat bahagian Tambunan.

Datuk Michael Emban , mantan SUT Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah bersama tujuh warga Kampung Nambayan mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan negeri dan bahagian di sini pada Khamis lalu.

Michael ketika berucap dimajlis itu berkata, mereka memilih untuk menyertai Gagasan Rakyat kerana parti itu adalah sebuah parti tempatan dan parti kerajaan serta dipimpin seorang pemimpin yang telah memperlihatkan kesungguhan dalam mengutamakan kebajikan rakyat Tambunan.

“Tambunan amat memerlukan seorang pemimpin muda yang bertenaga dan komited dan penampilan ini ada dalam diri Victor, beliau telah memperlihatkan kesungguhan dalam menitikberat kebajikan rakyat Tambunan.

“Kehadiran saya bersama 1,000 ahli baharu Gagasan Rakyat menunjukkan kami memberi penuh keyakinan dan sokongan padu terhadap kepimpinan Victor,” katanya .

Victor ketika berucap menyifakan penyertaaan beramai 1,000 ahli baharu kedalam  parti itu merupakan satu lagi peristiwa penting dan bersejarah bagi daerah Tambunan khususnya Gagasan Rakyat Bahagian Tambunan. 

“Saya amat terharu sebaik melangkah masuk ke dalam dewan, apabila melihat ahli-ahli baru yang turut memakai pakaian merah bagaikan `Gelombang Merah’ membanjiri Dewan Masyarakat Tambunan,” katanya.

Beliau merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli-ahli Gagasan Rakyat yang baharu kerana dapat menerima dan menghargai serta menghayati konsep dan falsafah perjuangan parti itu.  

“Ini juga menandakan dan mencerminkan bahawa semangat dan perjuangan Gagasan Rakyat adalah murni dan berteraskan dengan kehendak serta aspirasi rakyat Tambunan.  

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli-ahli baharu yang telah membuat pilihan yang tepat dimana Gagasan Rakyat merupakan parti yang terdiri daripada pelbagai kaum, menyanjung tinggi persefahaman dan kesepaduan semua kaum di Sabah.

“Bersama-sama memajukan Sabah menjadi sebuah negeri yang progresif dan maju ke arah memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim, keharmonian, perpaduan bagi mencapai misi, visi serta hala tuju pembangunan negeri yang lebih berdaya maju dan berdaya saing,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Victor berkata,  ahli-ahli baharu ini adalah terdiri daripada mereka yang belum atau pernah menggangotai beberapa parti yang ada di kawasan Tambunan. 

“Dengan penyertaan 1,000 ahli baharu itu, Gagasan Rakyat Tambunan kini mempunyai 7,000 keahlian dan sasaran kita semakin menghampiri 10,000 ahli menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Pada majlis yang sama, Victor turut menyampaikan sumbangan insentif sebanyak RM3,000 kepada pemenang world championship of performing art (WCOPA) Los Angeles, Vanessa William dan penyampaian sumbangan kerusi roda kepada seorang ahli Gagasan Rakyat Tambunan.

TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment