Home » Sabah- Sarawak-Malaya,masing-masing urus tadbir
Politik Sudut Pandangan

Sabah- Sarawak-Malaya,masing-masing urus tadbir

Hajiji turut mengumumkan bahawa Kabinet Negeri memutuskan 17 September bersamaan Selasa tidak akan menjadi cuti umum bagi menggantikan 16 September.

MENGAPA parti Malaya mahu kerusi daripada Sabah dan Sarawak? sebabnya untuk dapat kuasa, selain itu takut parti lokal yang menang kerusi bekerjasama dengan parti lain. Untuk mengelak kerjasama dengan parti lain, jaminannya kerusi perlu dimenangi parti tersebut, itu sahaja motif, bukan ada motif lain. Cerita soal pembangunan dan kestabilan hanya gimik, sebagai penyedap rasa.

Parti Malaya tidak perlu datang ke Sabah dan Sarawak, untuk tujuan menubuhkan kerajaan, kerana di Malaya ada 165/222 kerusi. Jumlah kerusi itu kuasa 2/3.

Mengapa DAP dan PKR bertanding di Sabah dan Sarawak? satu sebab untuk melengkapkan kerusi 112/222, kerana di Malaya dua parti itu sebelum tumbangnya Barisan Nasional (BN) tiada peluang menang kerusi majoriti mudah walaupun berbagai cara digunakan termasuk bekerjasama dengan Parti Pas dengan berbagai nama, antaranya Pakatan Rakyat (PR).

Di Sarawak, parti-parti dalam Gabungan Parti-parti Sarawak (GPS) era BN berjaya menghalang agar UMNO tidak mengembangkan sayap, tetapi tidak pada DAP dan PKR, kerana diluar pemikiran pada masa itu, BN akan hilang kuasa.

Di Sabah pula, walaupun pada masa kerajaan USNO, BERJAYA, PBS, kerusi-kerusi parlimen hanya sebagai pelengkap/hiasan kerana tidak berkesan pada pembentukan kerajaan Persekutuan, kerana pada masa itu, UMNO-MCA-MIC dapat membentuk kerajaan tanpa kerusi-kerusi daripada Sabah atau Sarawak.

Yang membezakan antara Sabah dan Sarawak, di Sarawak kerjasama parti-parti lokal kukuh sehingga ke hari ini, dan atas sebab itu tidak berlaku pertukaran kerajaan. di Sabah pula, antara parti lokal/tempatan bersaing sesama sendiri bagaikan enau dalam belukar, sebab itu kerajaan kerap bertukar.

Penulis melihat, pertukaran kerajaan di Sabah hanya bersandar pada satu ISU, iaitu isu KONGSI KUASA antara tiga entiti utama, iaitu bumiputra islam, bumiputra bukan islam dan Cina. Mana-mana parti dilihat mempunyai kombinasi yang seimbang akan menang pada pilihan raya. Kerana kombinasi itu lah, USNO dan BERJAYA tumbang, sedangkan pada era itu, kelajutan kemajuan dan pembangunan cukup hebat ukuran masa itu.

Demikian juga apabila PBS hilang kuasa kerana isu kombinasi tiga entiti terbesar yand disebut tadi. Bumiputra Islam merasa dipinggirkan sebab itu USNO bersedia dibubarkan dan secara en-blok menyertai UMNO, manakala pemimpin bumiputra islam lain daripada BERJAYA juga menyertai UMNO, ertinya pemimpin bumiputra islam dapat disatukan menerusi UMNO, walaupun tidak lama kemudian ada juga pemimpin bumiputra bukan islam menyertai UMNO, dan atas sebab itu, Umno terpaksa mengubah perlembagaan, persyaratan dilonggarkan, mereka yang menyertai parti itu tidak semestinya beragama islam, mengambilkira mereka daripada Sabah dan masyarkat Siam di utara Semenanjung.

Hakikatnya politik Sabah sebelum PRU-14 (tahun 2018) lebih cenderung pada isu 3 entiti utama, bukannya soal pembangunan dan kestabilan.

Kalaulah isu pembangunan, BN berdekad memperkasakan POLITIK PEMBANGUNAN. Era BN semasa Datuk Musa Aman (kini Tan Sri) Ketua Menteri, bukan sedikit kemajuan dan pembangunan berlaku di Sabah, sehinggakan mantan Ketua Menteri itu digelar BAPA PEMBANGUNAN MODEN SABAH.

Keputusan PRU-14 di Sabah, BN tidak menang satu kerusipun di kawasan majoriti cina, dan kerana kemenangan STAR dapatlah BN kerusi majoriti mudah membentuk kerajaan pada Mei 2018, akan tetapi ekoran tumbangnya BN daripada pemerintahan negara, maka parti yang “align” dengan Pakatan Harapan (PH) Parti Warisan mengambilalih kerajaan dengan sokongan ADUN Umno dan UPKO.

Berdepan dengan PRN-17, BN masih menggunakan NARATIF politik pembangunan dan kestabilan, menerusi kombinasi parti nasional dan tempatan, sedangkan soal pembangunan dan kestabilan bukan isu utama pada senario politik Sabah, melainkan isu PERKONGSIAN KUASA atau politik akomodasi antara 3 entiti terbesar.

Di Sabah sekarang menerusi Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perkongsian kuasa antara islam-bukan islam cukup serasi dan kaum cina pula diwakili DAP dan PKR, walaupun pemimpin komponen GRS juga turut sama diberi kuasa termasuk ADUN lantikan, pengerusi GLC dan jawatan-jawatan politik lain.

Di mata rakyat Sabah secara umum, terutama bumiputera, kerajaan GRS lebih menonjol dalam soal kestabilan, kerana kestabilan terwujud apabila kombinasi 3 entiti kaum terbesar terwujud. Pembangunan akan menyusul dengan sendirinya, kerana tiada kerajaan yang tidak ingin maju dan membangun.

Di semua parti yang bakal bertanding pada PRN-17, penulis melihat hanya GRS yang dapat menyatukan 3 entiti suku terbesar.

Apa yang menjadi kebimbangan pada GRS adalah di kawasan islam, kerana tiga parti menggunakan kolam yang sama, itu UMNO, Warisan dan Gagasan Rakyat (PGRS). Di kawasan bukan islam, boleh disandarkan pada PBS dan STAR.

Penulis yakin rakyat Sabah pada PRN-17 akan mengundi berpandukan pada parti yang berjaya menyatukan 3 entiti kaum terbesar, berbanding isu-isu lain, atas sebab itu naratif yang di bawa Umno/BN dan Warisan tidak akan kemana-mana. Apatah lagi GRS mempunyai misi jelas, RUMAH KITA, KITA JAGA, menerusi SABAHFIRST, SABAHFORWRD, SABAHPROSPER DAN SABAHUNITED DEMI SAYANGI SABAH.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment