Home » Gesaan Bung menolak sentimen anti -Malaya mengarut
Politik Sudut Pandangan

Gesaan Bung menolak sentimen anti -Malaya mengarut

MENJADIKAN parti tempatan sebagai platform politik tiada maksud sedikitpun atau sentimen anti malaya.

Hujah Ketua Umno Sabah, Datuk Bung Moktar Radin berkaitan sentimen anti malaya, hanya kerana seruan agar rakyat Sabah menggunakan parti lokal/tempatan sebagai platform perjuangan politik.

Tindakan Bung itu bukan sahaja pembohongan akan tetapi meracuni pemikiran rakyat.

Bung perlu membezakan platform politik dengan perasaan.

Dalam usaha menarik semula sokongan pada Umno, Bung sanggup berbohong untuk mencegah seruan agar rakyat Sabah menyokong parti tempatan sebagai platform politik selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bahawa tiga wilayah yang berkongsi pembentukan Persekutuan Malaysia mengurus wilayah masing-masing demi kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Prinsipnya mudah, apabila setiap wilayah diurus masing-masing, memudahkan pemerintahan dan mengurangkan birokrasi.

Tiada siapa yang tahu/mengenal isi rumah sendiri, keluarga sendiri melainkan ketua isi rumah atau ketua keluarga. Itu lah asas parti tempatan.

Dalam sebuah rumah, sebarang keperluan isi rumah diketahui ketua rumah, kerana dirasakan sendiri, berbanding orang lain yang perlu menyediakan keperluan itu.

Sebagai contoh mudah, apa kah patut, Jawatan Kuasa Desa Madani (JKDM) perlantikannya mesti melalui Putrajaya? Apa kah Putrajaya yang beribu kilometer jauhnya lebih arif berkaitan profile mereka yang dilantik? Bukan kah kaedah itu satu tindakan pecah dan perintah, agar masyarakat terbahagi-bahagi pada beberapa segmen, seperti mana berlaku berdekad-dekad.

Pandangan penulis, kaedah yang digunakan Bung dan pemimpin Umno yang sealiran dengan beliau akan memakan tuan, kerana rakyat era ini bukan sahaja berpengetahuan juga celik maklumat.

Bung mungkin pura-pura tidak sedar, salah satu elemen mengapa Umno/BN ditolak, kerana tindakan para pemimpin parti itu yang memperbodoh rakyat untuk mereka kekal dengan kedudukan dan kuasa.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .