PUTATAN: University College Sabah Foundation (UCSF) bersama sekumpulan alumni universiti itu berjaya melakukan kerja amal di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Putatan, baru-baru ini.
Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris semasa mengetuai program itu berkata, antara kerja-kerja amal yang dilakukan oleh pelajar, kakitangan dan alumni UCSF ialah gotong royong pembersihan rumah dan melukis mural.
“Program disertai lebih 20 individu termasuk Ketua Pusat Bahasa Noorashiqin, Ketua Hal Ehwal Pelajar Mazlinah Binamin dan Ketua Unit Alumni Rozianah.
“Alumni UCSF diwakili Kalvin Johnathan Sapian, Marina Yusop, Saslinah Sudin dan Alyssia Anne Gabriel,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Rafiq berkata, beliau amat gembira dengan penglibatan alumni UCSF dalam aktiviti khidmat masyarakat kali ini, memandangkan semua alumni yang menyertai program itu bakal graduan minggu hadapan.
“Saya amat bangga dengan kesungguhan bekas pelajar kita, saya berharap agar program seumpama ini akan diperbanyakkan lagi serta dicontohi oleh pelajar yang baru memulakan pengajian”, katanya.
Menurutnya, aktiviti UCSF ini turut diadakan serentak dengan Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) dan Program Menyantuni Kanak-Kanak Peringkat Bahagian Pantai Barat yang sudah diadakan.
— TAMAT
Add Comment