Home » Penulisan 37 dalil pengkhianatan Hajiji, dakwaan karut
Politik Sudut Pandangan

Penulisan 37 dalil pengkhianatan Hajiji, dakwaan karut

Penulisan ini adalah jawapan kepada 37 dalil pengkhianatan Hajiji Noor yang sedang rancak ditularkan di medsos.


INDIVIDU yang mereka-cipta 37 cerita pengkhianatan Datuk Seri Panglima (DSP) Haji Hajiji Haji Noor adalah mengarut, daripada dakwaan pertama hingga ke akhir.

Berikut merupakan jawapan balas kepada 37 dalil tersebut:

1. DSP Haji Hajiji Haji Noor tidak pernah tinggalkan USNO. Parti USNO tidak wujud lagi pada tahun 1994.

2. Sebagai Menteri tiada kuasa mengambil tanah.

3.  Harga rumah ditentukan oleh pemaju. Tiada mana-mana kerajaan boleh mengawal, kecuali peratus tertentu yang diperuntukan untuk bumiputera.

4.  Keputusan keluar UMNO pada Disember 2018 adalah keputusan berjemaah, memandangkan UMNO bukan lagi pilihan rakyat.

5. Keputusan Parti Bersatu melebarkan sayap ke Sabah atas pertimbangan keadaan politik pada masa itu, apabila para ADUN bebas yang bersama-sama Datuk Hajiji walaupun mesra kerajaan negeri akan tetapi dipulaukan.

6. Tiada siapa yang tinggalkan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan DSP Dr Jeffery Kitingan yang dikaitkan dengan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) kerana gabungan itu belum dilancarkan secara rasmi.

7 DSP Hajiji tidak pernah menyokong Datuk Shafie Apdal untuk dilantik sebagai ketua menteri, dan tidak pernah meninggalkan Tan Sri Musa pada tahun 2019, kerana mantan Ketua Menteri itu masih ADUN BN.

8 Tiada yang mengkhiantai Tun Dr Mahatir, kerana mantan PM-7 itu keluar daripada Parti Bersatu.

9 Tidak pernah menyokong Shafie sebagai Ketua Menteri, bagaimana mengkhiananti?. Tindakan ADUN Bersatu masa itu hanya mesra kerajaan negeri sesuai dengan kedudukanKerajaan Persekutuan.

10. Tiada siapa yang khianati Bung Moktar, lagi pun atas sebab apa? Bung bukan Ketua Menteri.

11. Tiada kaum kerabat dinaikan pangkat kerana arahan Hajiji, melainkan mana-mana kakitangan yang naik pangkat atas merit dan keperluan pentadbiran dan diputuskan oleh Suruhajaya Perkhidamatan Awam Negeri (SPAN). SPNS bebas daripada kuasa Ketua Menteri.

12. Tuduhan karut, jika tiada tindakan menyelesaikan bekalan air, elektrik dan jalan raya.

13. KDN adalah agensi Persekutuan yang mempunyai kuasa berkaitan PATI. Kuasa Sabah hanya menghalang kemasukan. Apabila berada dalam negeri atau negara maka kuasa KDN. Orang bodoh sahaja tidak tahu perbezaan.

14. Sabah sebahagian daripada BIMP-EAGA. Mana-mana negara yang termasuk dalam pakatan itu bebas berurusniaga, demi keuntungan sesama. Tiada istilah membuka pada Tawi-Tawi, lagi pun apa maksud membuka kepada Tawi-Tawi?

15. Kerajaan Negeri perlu bersetuju dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu PATI. Antaranya pendigitalan. Menerusi kaedah ini pergerakan mereka terkawal.

16. Apa masalah dengan Karbon Kredit? Sedangkan ianya satu sumber pendapatan baharu pada negeri, berbanding menebang pokok atau hutan? Dengan adanya perjanjian NCA, maka terselamat pokok-pokok atau hutan untuk generasi akan datang.

17. Siapa tauke-tauke yang dilantik? Sebagai penasihat ekonomi? Sedangkan mereka yang dilantik membawa kepakaran sendiri, kerana kejayaan dalam perniagaan dan pengurusan kewangan dan ekonomi.

18. Semua pemimpin parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mempunyai kredibiliti, kemahiran mempunyai peluang yang sama dilantik pada syarikat-syarikat dan agensi berkaitan kerajaan. Malah pemimpin Umno pun ramai yang masih berjawatan politik di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

19. Mengaitkan Tan Sri Musa Aman berkaitan eksport kayu balak, adalah dakwaan karut dan fitnah.

20. Warta Kajian semula April 2022 sebagai syarat wang boleh disalurkan pada kerajaan negeri. Kerajaan tidak boleh bertindak mencuri.

21. Tidak dinafikan ada penduduk Tuaran yang miskin, tetapi bukan Daerah Tuaran. Apabila mereka yang terkategori miskin diljalankan profiling, ternyata, jumlah yang terkategori miskin tidak ramai, dan telahpun diselesaikan.

22.Siapa yang bagi konsesi 200 hektar tanah SFI? Yang betul kerajaan negeri ambil alih tanah, supaya tidak termasuk dalam penggulungan SFI (menjual harta-harta untuk untuk tutup hutang syarikat).

23. Siapa yang hapuskan hutang Sabah International Petroleum (SIP)? SIP terlibat dengan penstrukutan dengan SMJ Energy (SMJE), apabila SMJE lunaskan pinjaman SIP daripada SDB, dan dalam urusan itu SMJE untung serta merta hampir RM300juta, selain pendapatan SIP RM150juta setahun untuk 13 tahun dimilki SMJE.

24. Sebarang kenaikan peruntukan diluluskan di Sidang DUN Sabah. Tiada kuasa Ketua Menteri meluluskan peruntukan sebelum diluluskan di DUN, kecuali mungkin kabinet, jika berkaitan kecemasan.

25. Kenaikan gaji dan imbuhan jemaah menteri, bukan berlaku di Sabah sahaja akan tetapi seluruh negeri. Gaji/elaun Ketua Menteri Sabah jauh lebih rendah berbanding Premier Sarawak.

26. GLC yang merugi bukan berlaku pada era kerajaan GRS sahaja malah berdekad-dekad, kerana agensi-agensi yang terbabit banyak fokus pada kemasyarakatan, bukan urusan perniagaan semata-mata.

27. Daripada awal-awal lagi Kerajaan era GRS tidak menyokong Akta Laut 2012. Di peringkat DUN tidak dapat berbuat apa-apa, kerana tidak boleh melampaui keputusan parlimen. Kerajaan negeri hanya boleh bertindak tidak bersetuju, kerana Sabah tiada ordinan ambang batas laut (AMBALAT) seperti Sarawak.

28. Apa maksud lambat bertindak bertindak berkaitan keterjaminan makanan? Sedangkan pertanian sifatnya bermusim, bukan macam menebar rotai canai.

29. Tiada siapa yang U-turn berkaitan Perlantikan PMX. GRS patuh pada titah YDPA yang melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendapat sokongan majoriti mudah.

30. Parti Bersatu adalah parti pembangkang di Peringakat Persekutuan. Adalah tidak sesuai bagi GRS mempunyai komponen sebagai pembangkang, atas sebab itu, GRS mengeluarkan Bersatu sebagai komponen. Oleh kerana ADUN bersatu juga ADUN langsung GRS, maka tidak terkesan apabila Bersatu dikeluarkan.

31. Berkaitan Warta bayaran interim Persekutuan kepada Sabah, perlu dipersetujui jika tidak bayaran tidak dapat disalurkan. Tiada masalah berkaitan warta, kerana warta boleh dibuat bila-bila masa.

32. Pengertian “wilayah” lebih kecil berbanding negeri, dalam konteks negara, kerana wilayah merujuk pada Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.

33. Tiada sesiapa yang boleh merampas mana-mana tanah baik yang membabitkan NCR atau tanah negeri. Tiada istilah pihak ketiga boleh merampas mana-mana tanah, kerana tanah atas kuasa kerajaan.

34. Siapa yang menjual tanah kerajaan di Pulau Balambangan? Sedangkan permohon yang berstatus tol untuk menguasakan tanah yang dipohon dan perlu membayar premium. Pemberian TOL ada jangka masa.

35.Siapa yang menghina ADUN Sri Tanjung kerana berbangsa cina? Apa yang dilakukan Hajiji menegur ADUN tersebut kerana tidak menerima penjelasan kerajaan,  selain bertindak bodoh sombong.

36.Siapa kroni yang mempunyai pinjaman untuk pendidikan? Ditukar pada biasiswa?. Adalah kelaziman, sesuai dengan persyaratan pinjaman dan perjanjian, jika sipeminjam mencapai keputusan yang ditetapkan, maka pinjaman bertukar pada biasiswa. Pengarang cerita karut ini pun kalau ada anak (janji rakyat Sabah) seperti dua anak Ketua Penerangan Warisan, boleh mendapat biasiswa. Adakah Datuk Aziz Jamman kroni Hajiji???.

37. Tiada siapa yang lantik peguam untuk lawan Sabah Law Society (SLS). Peguam negeri selari dan sefahaman dengan SLS.

KESIMPULAN: APA YANG DIKATAKAN PENGKHIANTAN DSP HAJI HAJIJI HAJI NOOR adalah perbuatan menunjukkan kebodohan sendiri.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah jawapan kepada 37 dalil pengkhianatan Hajiji Noor yang sedang rancak ditularkan di medsos:

37 DALIL PENGKHIANATAN HAJIJI NOOR

1. Tinggalkan USNO untuk sertai UMNO (1994)

2. Ambil tanah KDMR di Kg Borunuon, Telipok dijadikan penempatan untuk setinggan (2004 – 2018)

3. Selama 14 tahun jadi Menteri KPKT harga rumah di Sabah termahal di Malaysia (2004 – 2018)

4. Tinggalkan UMNO (2018) kerana tidak tahan jadi pembangkang

5. Bawa parti Malaya, BERSATU masuk ke Sabah (2019)

6. Tinggalkan Pairin dan Jeffrey Kitingan dalam Gabungan Bersatu Sabah (2019)

7. Tinggalkan Musa untuk sokong Shafie Apdal sebagai CM Sabah (2019)

8. Khianati Tun M utk beralih sokongan kepada TS Muhyiddin Yassin (2020)

9. Khianati Shafie dan kembali kepada Musa Aman dalam cubaan merampas kuasa (2020)

10. Khianati Bung Mokhtar selepas PRN16 (2020)

11. Melantik dan menaikkan pangkat kaum kerabat beliau dalam agensi pentadbiran Kerajaan negeri (2020 – 2022)

12. Tiada gerakan untuk atasi penyakit 3 serangkai (air, Elektrik dan jalan raya) (2021 – 2023)

13. Bersetuju dengan KDN untuk perkenalkan Kad Warga Asing Sabah (KWAS) 2021.

14.Membuka pintu kepada Tawi-Tawi (2022)

    15.Bersetuju dengan cadangan Hamzah Zainuddin menukar KWAS kepada Sistem Pendigitalan Warga Asing Sabah (2022)

    16.Menjadi saksi kepada NCA Karbon Kredit mengadai 2 juta hektar Hutan Sabah selama 100 tahun (2021)

    17.Melantik taukeh – taukeh judi sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Sabah (2021)

    18.Melantik Ketua-Ketua Bahagian PGRS menguasai jawatan utama GLC Sabah (2021 – 2022)

    19.Membenarkan semula eksport balak di Sabah untuk hidupkan kroni Musa Aman (2021)

    20.Bersetuju dengan Warta Baru Pemberian Khas April 2022

    21.Jadikan Daerah Tuaran antara Daerah termiskin di Malaysia (2022)

    22.Berikan tanah Konsesi SFI lebih daripada 200 ribu hektar kepada Taikun Malaya, Syed Mokhtar (2022)

    23.Hapuskan hutang Sabah International Petroleum (SIP) berjumlah RM1.2 bilion (2022)

    24.Menaikkan Peruntukan Khas beliau sebagai Ketua Menteri dari RM1.5j kepada RM3j (2022)

    25.Mengusulkan kenaikan gaji Ketua Menteri Sabah dari RM23,595 kepada RM33,033 kerana tahu GRS mempunyai majoriti di DUN Sabah (2022)

    26.Mengakibatkan hampir 90% GLC Sabah rugi (2022)

    27.Enggan meluluskan Usul Bantahan Terhadap Akta Laut Dan Wilayah 2012 (2022)

    28.Lambat bertindak tangani isu Food Security (2022)

    29.Buat u-turn dari memberi sokongan dari Muhyiddin kepada  Anwar Ibrahim sebagai PM 10 (2022)

    30.Tinggalkan BERSATU masuk ke PGRS (2023)

    31.Bersetuju dengan Warta Baru Januari 2023

    32.Menurunkan kembali status Sabah daripada Wilayah kepada Negeri selepas meminta Perkara 46(c) (2023)

    33.Banyak kejadian tanah NCR dirampas oleh pihak ketiga

    34.Hampir menjual tanah Kerajaan di Pulau Balambangan kepada taukeh dari Sarawak (2023)

    35.Menghina ADUN berbangsa Cina (Sri Tanjung) yang dipilih melalui sistem demokrasi (2023)

    36.Menghapuskan hutang kroni dengan mengantikannya kepada Skim biasiswa Yayasan Sabah (2023)

    37.Melantik Peguam untuk lawan SLS dalam kes Kutipan Hasil 40% Sabah (2024)

(Tulisan di atas sedang ditularkan oleh musuh-musuh politik dengan niat untuk mengaibkan nama baik Ketua Menteri DSP Haji Hajiji Haji Noor dan GRS)

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment