Home » SIBEC 2024 ditunda ke Oktober ini
Berita Tempatan Politik

SIBEC 2024 ditunda ke Oktober ini

TUNDA: SIBEC 2024 sepatutnya diadakan pada September ditunda ke Oktober ini.

KOTA KINABALU: Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024 yang sepatutnya diadakan pada 2 hingga 4 September 2024 ditunda penganjurannya pada 19 hingga 20 Oktober 2024. 

Menurut kenyataan Sekretariat Sabah Maju Jaya, Jabatan Ketua Menteri, SIBEC 2024 akan diadakan selama dua hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.

Majlis Perasmian SIBEC 2024 akan disempurnakan oleh perdana Menteri Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim pada 19 Oktober 2024.

Antara pengisian SIBEC 2024 adalah ‘investor insight’, sidang plenary, forum interaktif dan sesi khas ‘ambassador talks’ dengan melibatkan duta-duta dan pesuruhjaya tinggi negara asing untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kejayaan berasaskan ekonomi biru di negara masing-masing.

Seramai 29 speaker dan panel forum dari dalam dan luar negara yang terdiri dari pemain industri, pengamal ekonomi biru, ahli akademik terlibat semasa SIBEC 2024. 

IBEC 2024 dijangka dihadiri oleh 2,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Selain itu, semasa SIBEC 2024 juga diadakan pavilion yang mempamerkan inisiatif, teknologi terkini, inovasi setiap sektor atau komponen Ekonomi Biru dari dalam dan luar negara.

Maklumat lanjut mengenai SIBEC 2024 boleh diperolehi melalui portal https://blueeconomy.sabah.gov.my// SIBEC 2024.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment