Home » Ewon bincang MA63 dengan Hajiji
Berita Tempatan Politik

Ewon bincang MA63 dengan Hajiji

Pertemuan Ewon dengan Hajiji antara lainnya membincangkan pendekatan ke atas tuntutan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan terutama berkaitan dengan pemberian semula hasil persekutuan kepada Sabah. (Gambar: FB Datuk Ewon Benedick)

Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis.

Menurut Ewon dalam kenyataan media, pertemuan tersebut antara lainnya membincangkan pendekatan ke atas tuntutan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan terutama berkaitan dengan pemberian semula hasil persekutuan kepada Sabah.

“Walaupun sudah sembilan perkara berkaitan tuntutan hak Sabah dalam MA63 telah diselesaikan sepenuhnya, namun masih banyak perkara yang sedang dirundingkan termasuklah hak 40 peratus ke atas hasil persekutuan di Sabah.

 “Saya telah memaklumkan Ketua Menteri komitmen saya di peringkat Persekutuan untuk memperjuangkan hak dan aspirasi rakyat Sabah ini dan mahu melengkapi usaha yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Sabah,” katanya.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment