Home » Gabungan Parti Tempatan Vs Parti Nasional
Politik Sudut Pandangan

Gabungan Parti Tempatan Vs Parti Nasional

Gabungan Parti-Parti Tempatan atau Parti Nasional? Mana satu pilihan anda?

ADA dua pertimbangan pengundi Sabah pada PRN-17. Pertimbangan itu adalah berkaitan parti tempatan dan nasional.

Daripada segi parti nasional, tentunya kencenderungan pada Pakatan Harapan (PH) kerana parti terkuat dalam kerajaan Persekutuan. Manakala daripada segi parti tempatan, tentunya kecenderungan pada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana merupakan peneraju kerajaan negeri.

Tidak dinafikan parti tempatan atau nasional lain akan menang beberapa kerusi, tetapi hanya di kawasan “diehard” parti-parti tersebut.

Apa kah keputusan rakyat Sabah pada PRN-17 sangat bergantung pada kerjasama antara parti tempatan dan nasional, iaitu berkaitan agihan kerusi. Agihan kerusi adalah signal kepada rakyat, parti mana yang perlu disokong kerana bakal menjadi tulang belakang kerajaan.

Jika komposisi kerusi kerajaan negeri hari ini dikira sebagai bentuk kerjasama, maka , isyarat pada rakyat adalah GRS merupakan tulang belakang kerajaan negeri, manakala parti nasional ikut berkongsi kuasa demi kestabilan.

Dalam senario politik tanah air hari ini, tiada sebab rakyat Sabah tidak memilih PH berbanding BN, demikian juga tiada sebab tidak memilih GRS berbanding Parti Warisan.

Kedudukan Kerajaan Sabah hari ini, mencerminkan kombinasi antara parti yang diperlukan rakyat Sabah untuk terus maju dan membangun.

Penulis melihat sejak berlakunya perkongsian kuasa antara parti-parti yang menerajui kerajaan Sabah hari ini sejak 10 Januari 2023, bukan sahaja kemajuan dan pembangunan negeri bergerak pantas juga terwujudnya kestabilan politik.

Kestabilan politik terwujud kerana faktor keserasian yang amat baik antara pemimpin masing-masing parti.

Memang tidak dinafikan masing-masing parti mempunyai hasrat bertanding sebanyak mungkin kerusi, akan tetapi juga, pemimpin parti masing-masing sedar bahawa jumlah kerusi amat terhad, ertinya parti yang terkuat sahaja diberi laluan bertanding.

Bagi kombinasi GRS-PH Plus, diperkirakan masing-masing parti mempertahankan status quo, dan jika ada tambahan kerusi bagi setiap parti tentunya di kerusi-kerusi yang tidak disandang.

Jika sekiranya, kombinasi parti-parti Kerajaan Sabah hari berterusan pada PRN-17, tiada sebab rakyat Sabah tidak menyokong.

Atas sebab itu, kekalkan kombinasi yang ada kerana ianya sudah diterima rakyat. Penerimaan rakyat itu tercermin pada tindak balas  positif rakyat pada parti-parti tersebut sejak Januari 2023.

Betul dalam politik boleh berlaku berbagai kemungkinan, termasuk kerjasama dengan parti—parti yang membangkang kerajaan hari ini, akan tetapi pendekatan itu dilihat tidak sealiran dengan pendirian rakyat secara umum.

Apa yang pasti, rakyat akan memilih parti terbaik untuk mereka bergantung harap. Berpandukan pada senario semasa, parti yang dianggap mewakili aspirasi rakyat adalah kombinasi GRS-PH Plus (plus tidak termasuk kumpulan Datuk Bung Moktar Radin).

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .