Home » Hajiji lawat atlet basikal Sabah Akmal Thaqif
Berita Tempatan Politik

Hajiji lawat atlet basikal Sabah Akmal Thaqif

PRIHATIN: Hajiji (dua kiri) ketika mengadakan lawatan berkenaan.

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor meluangkan masa melawat atlet berbasikal Sabah, Akmal Thaqif Begurdy yang mengalami kecederaan semasa menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Riversite Majestic Hotel pada Sabtu.

Beliau diiringi oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin dan Pembantu Menterinya, Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan SukanSabah, Datuk Mansur Asun yang juga `Chief De’ Mission’ Sabah.

Akmal, 17 dari Tawau mengalami kecederaan semasa menyertai acara lepas beramai-ramai kategori perseorang dan berpasukan di Lebuhraya Pehin Sri Adenan Satem pada 15 Ogos lalu.

Hajiji bersimpati dengan musibah yang menimpa Akmal dan mendoakannya agar cepat sembuh. Akmal kini ditemani oleh ibu bapanya di Kuching.

Sementara itu, Hajiji menghadiri upacara perasmian SUKMA XXI Sarawak 2024 di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Beliau menggesa kontinjen Sabah yang beraksi di SUKMA Sarawak melakukan yang terbaik untuk mencapai sasaran 40 pingat emas.

Hajiji yakin pasukan Sabah mampu mencapai sasaran yang ditetapkan tahun ini dan mahu atlet negeri berjuang sepenuh tenaga dengan semangat kesukanan yang tinggi untuk mengharumkan nama Sabah.

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr.Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar 
merasmikan temasya sukan itu yang diadakan dengan penuh warna-warni memaparkan keunikan budaya dan identiti bumi kenyalang yang beraneka ragam. 

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment