Home » JTU perkenal SMART Geo Sabah
Berita Tempatan Politik

JTU perkenal SMART Geo Sabah

LANCAR: Hajiji ketika melancarkan SMART Geo Sabah baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah kini memperkenalkan penggunaan teknologi terbaharu ‘SMART Geo Sabah’.

Aplikasi terkini itu menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) akan membolehkan pengguna mencari maklumat mengenai kawasan tanah dengan pilihan tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Kemudahan itu menjadikan Sabah adalah kerajaan negeri pertama di Malaysia menggunakan teknologi terkini itu, sekali gus memperkenalkan standard baharu inovasi digital kepada perkhidmatan awam.

Dalam pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor baru-baru ini. Beliau berkata, dengan SMART Geo Sabah, objektifnya adalah untuk mengumpul semua maklumat mengenai tanah, serta berkaitan ke dalam satu platform yang boleh diakses oleh orang awam.

Katanya, ia merupakan pencapaian terbaik dan inisiatif berkenaan dihasilkan bagi memudahkan proses mendapatkan maklumat berkaitan kepada semua pihak.

Menurutnya, SMART Geo Sabah akan menjadi alat berharga yang akan merapatkan jurang diantara teknologi dan pengurusan tanah, sekali gus memberikan maklumat yang lebih jelas kepada masyarakat negeri ini.

Pembangunan SMART Geo Sabah adalah bukti komitmen Jabatan Tanah dan Ukur Sabah dalam mencapai kecemerlangan dan inovasi.

Versi beta aplikasi berkenaan kini berada dalam jabatan berkenaan untuk dikemas kini sebelum dilancarkan untuk penggunaan orang awam.

SMART Geo Sabah akan dilancarkan sepenuhnya kepada orang awam pada pertengahan 2025.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment