Home » Politik Sabah: Kekuatan parti menurut zon
Politik Sudut Pandangan

Politik Sabah: Kekuatan parti menurut zon

Jika kecenderungan pengundi tidak banyak berubah pada PRN-17 akan datang, dijangka GRS adalah parti yang menang kerusi terbanyak.

PERSEMPADANAN pilihan raya Sabah dibahagikan menurut zon oleh parti-parti politik untuk mempermudah mengurus.

Daripada 73 DUN, dibahagikan kepada 6 zon, Zon 1 dengan 15 kerusi; Zon 2-11 kerusi; Zon 3- 9 kerusi; Zon 4-11 kerusi; Zon 5-13 kerusi dan Zon 6-14 kerusi.

Menurut pengamatan penulis, pada ketika ini, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) lebih dominan di Zon 4, Zon 3 dan Zon 1; manakala PH di Zon 2 dan Warisan di Zon 6. Satu zon, iaitu Zon 5, kekuatan masing-masing parti hampir seimbang, akan tetapi di atas kertas GRS di depan sedikit.

Jika kecenderungan pengundi tidak banyak berubah pada PRN-17 akan datang, dijangka GRS adalah parti yang menang kerusi terbanyak.

Bagi Dun Sabah, parti yang menang minimum 37/73 boleh membentuk kerajaan.

Keyakinan penulis membuat kesimpulan bahawa GRS boleh menang kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan adalah berpandukan pada sentimen di kalangan sebahagian besar rakyat yang cenderung mengikuti cara Sarawak.

Cara Sarawak selain dapat mengwujudkan kestabilan politik negara, juga memberi kelebihan pada rakyat dan negeri tersebut.

Secara umum, rakyat Sabah berkehendakan parti tempatan yang boleh mengwakili suara, harapan dan aspirasi mereka, dan parti yang mempunyai misi dan perjuangan sesuai dengan kehendak rakyat tersebut adalah GRS.

GRS adalah gabungan parti-parti tempatan yang mempunyai halatuju dan perjuangan yang sama, untuk memastikan kemajuan dan pembangunan negeri berterusan selain menuntut apa yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) direalisasikan.

Gabungan itu bergerak berpandukan pada SabahFirst, SabahForward, SabahProsfer dan SabahUnited demi Sayangi Sabah.

Matlamat yang ingin dicapai, iaitu kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negeri.

Untuk merealisasikan matlamat dan misi, kerajaan yang diterajui parti itu memperkenalkan Halatuju Sabah Maju Jaya. Dalam tempoh 4 tahun, halatuju itu berada pada landasan betul dan tepat.

Jika diuraikan, banyak sekali pencapaian yang dilakar terutama berkaitan ekonomi, kutipan hasil, penyediaan peluang-peluang pekerjaan, memperkasa modal insan, juga berkaitan penaiktarafan kemudahan asas dan infrastruktur.

Para pemimpin GRS bukan sahaja komited merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat, akan tetapi memahami keperluan rakyat secara umum.

Kepimpinan negeri yang diterajui para pemimpin berpengalaman tentunya dapat melaksanakan pembangunan dan kemajuan negeri dan rakyat dengan lancar.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .