Home » GRS pada PRN-17 Sabah
Politik Sudut Pandangan

GRS pada PRN-17 Sabah

Bagi Wakil rakyat mesra GRS membabitkan wakil rakyat Umno yang menyokong kerajaan negeri pula, mereka ini jika ingin mempertahankan kerusi masing-masing tiada pilihan, kerana parti asal mereka, kemungkinan besar tidak akan mencalonkan mereka semula.

WALAUPUN PRN-17 Sabah diadakan dalam tempoh setahun daripada sekarang akan tetapi orang-orang politik dan orang awam sudah bercakap mengenainya.

Di kalangan orang awam berbagai reaksi terhadap pilihan raya tersebut, antara lain komen mereka “semua parti sama saja, dia-dia juga itu”. Akan tetapi secara serius, umumnya rakyat Sabah cenderung pada parti-parti tempatan, dan parti tempatan itu adalah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Atas sebab kecenderungan rakyat pada GRS, diramalkan parti itu berasaskan zon akan menang 11/11 (Zon 4); 7/9 (Zon 3); 10/15 (Zon 1); 5/13 (Zon 5); 4/14 (Zon 6) dan 3/11 (Zon 5).

Boleh dikatakan sebahagian besar penyandang kerusi GRS jika dicalonkan semula dapat mempertahankan kerusi masing-masing. Demikian juga, wakil rakyat mesra GRS, jika dicalonkan menggunakan lambang GRS, juga akan dapat mempertahankan kerusi masing-masing.

Bagi Wakil rakyat mesra GRS membabitkan wakil rakyat Umno yang menyokong kerajaan negeri pula, mereka ini jika ingin mempertahankan kerusi masing-masing tiada pilihan, kerana parti asal mereka, kemungkinan besar tidak akan mencalonkan mereka semula.

Selain itu (bagi wakil rakyat Umno mesra GRS) jika mereka berpandukan pada kecendrungan rakyat, maka perlu bersama-sama GRS, sesuai dengan pendirian mereka apabila menolak kehendak Datuk Bung Moktar Radin pada 6 Januari 2023. Mereka yang menolak kehendak Bung yang masih bersama Umno adalah ADUN Tanjung Keramat yang juga Timbalan Ketua Menteri III; ADUN Bengkoka, ADUN Sungai Sibuga dan ADUN Tanjung Batu sementara yang lain telahpun menyertai GRS.

Kekompakan semua parti-parti dalam GRS adalah jaminan untuk “deliver” kerusi-kerusi yang ditandingi, ertinya, semua parti perlu bersetuju, parti yang terkuat sahaja meletakan calon mewakili gabungan itu.

Seperti kata Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri Sabah, calon GRS adalah calon yang disepakati oleh semua parti sebagai calon terkuat, boleh menang, diterima dan disukai rakyat. Persyaratan sedemikianlah menjadi asas pada analisis penulis, dan membuat kesimpulan berkaitan jumlah kerusi yang dimenangi.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment