Home » Gagasan Rakyat Luyang adakan mesyuarat bahagian tahunan
Berita Tempatan Politik

Gagasan Rakyat Luyang adakan mesyuarat bahagian tahunan

Seramai 150 perwakilan terdiri daripada ketua bahagian, pemuda, wanita, beliawanis menghadiri mesyuarat bahagian yang melibatkan empat peringkat .

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)  Luyang  telah mengadakan mesyuarat bahagian bagi tahun 2024 pada Sabtu di Hotel 7 Suria.

Seramai 150 perwakilan terdiri daripada ketua bahagian, pemuda, wanita, beliawanis menghadiri mesyuarat bahagian yang melibatkan empat peringkat .

Menurut Datuk Hajah Ruhsimah Haji Zakaria, Gagasan Rakyat mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Sabah yang berbilang kaum dan agama.

Beliau yang juga merupakan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Luyang  turut menerima borang kemasukan ahli Baharu yang disampaikan oleh AJK bahagian Tuan Zainud Diar Bin Zahari.

TERIMA KASIH: Ruhsimah menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada AJK bahagian Tuan Zainud Diar Bin Zahari atas usaha menambah keahliah baru bagi Gagasan Rakyat Luyang.



Setakat ini,sebanyak 116 permohonan  ahli baharu telah diterima untuk menyertai Gagasan Rakyat di bahagian ini.

Ruhsimah yang juga merupakan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Luyang berkata , kemasukan ahli-ahli baharu adalah bukti Gagasan Rakyat telah menjadi pilihan utama rakyat Sabah untuk menyertai politik tempatan .

“Ribuan terima kasih kepada Gagasan Rakyat Bahagian Luyang dan sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis kerana telah berjaya mengadakan Mesyuarat Tahunan ini.

“Sesungguhnya, mesyuarat ini adalah penting kerana Gagasan Rakyat Luyang sentiasa mempersiapkan diri untuk membantu Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah yang akan datang,” ujarnya.

Ruhsimah bersama barisan pimpinan Gagasan Rakyat bahagian.



— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment