Home » Kekuatan mental dan fizikal penting bagi capai kejayaan
Berita Tempatan Politik

Kekuatan mental dan fizikal penting bagi capai kejayaan

PENGHARGAAN: George (tengah) menerima cenderakenangan ketika di majlis itu.

SANDAKAN: ‘Technical Skill Race’ adalah aktiviti penting dan berdaya saing yang dapat menguji kekuatan mental serta fizikal seseorang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew berkata, program berkenaan juga mampu membantu seseorang mencapai kejayaan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang menyertai program ini.

“Terima kasih juga kepada semua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang sentiasa bersedia membantu dan menjaga ketenteraman serta keselamatan penduduk orang awam,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Program No Pain No Gain 2.0 Technical Skill Race 2024 di sini baru-baru ini.

Beliau berharap program berkenaan mampu memberikan gambaran kepada masyarakat bahawa APM sentiasa menitikberatkan persediaan mental dan fizikal pasukan untuk bersiapsiaga, pantas serta berintegriti dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di sini.

— Yap Siong Han

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment