Home » Kemeriahan perarakan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024
Berita Tempatan Politik

Kemeriahan perarakan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024

Hajiji mengiringi Tun Juhar sebaik tiba di pentas utama.

KOTA KINABALU: Orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat datang seawal subuh bagi meraikan perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah yang julung kali diadakan di Jalan Tun Fuad Stephens di sini, pagi tadi.

Majlis dimulakan dengan ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni yang disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Tun Juhar kemudian memeriksa perbarisan kehormat dan menyaksikan upacara pembacaan ikrar dan persembahan koir diikuti dengan perarakan itu.

Perbarisan dimulakan dengan perarakan bendera Jalur Gemilang dan Sabah serta bendera semua negeri di Malaysia.

Seramai 185 kontinjen yang mewakili pasukan keselamatan, jabatan dan agensi kerajaan, badan beruniform, persatuan dan sekolah yang mengambil bahagian dalam perarakan tahun ini.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment