Home » Semangat patriotisme perlu dikekalkan dalam kalangan masyarakat
Berita Tempatan Politik

Semangat patriotisme perlu dikekalkan dalam kalangan masyarakat

ALBUM: George (tiga kiri) bersama penduduk kampung merakamkan gambar kenangan.

SANDAKAN: Semangat patriotisme dan cintakan negara perlu diteruskan oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew berkata, semangat itu sekali gus mampu menyatupadukan hubungan dalam kalangan masyarakat.

“Saya harapkan semangat ini dapat mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan penduduk khususnya di Kampung Bokara, Kg. Air, Kg. Karamunting dan Kg Pukat serta semua perkampungan di sini.

“Saya dapat melihat hiasan jambatan oleh penduduk di sini sempena Hari Kebangsaan dan Hari Sabah sangat menarik,” katanya.

Beliau turut bersama-sama penduduk meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah di Kg. Bokara dan Kg. Air dalam satu majlis makan malam yang diadakan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada penduduk di sini yang mempunyai semangat tinggi menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Sabah,” katanya.

Yap Siong Han

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment