TINDAKAN sesetengah pemimpin, wakil rakyat atau mereka yang berjawatan politik meninggalkan parti masing-masing, adalah gambaran betapa sukarnya menyatukan para pemimpin dalam sebuah platform.
Bersatu dalam satu platform kerana mengambil iktibar pada seberkas lidi, kerana kita tahu sebatang lidi mudah dipatah, sebaliknya apabila seberkas, bukan sahaja liat, akan tetapi tidak mudah dipatah.
Pendekatan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatupadukan pemimpin dalam gabungan tersebut dengan harapan,rakyat juga bergabung bukan semudah di atas kertas, kerana pengalaman salah sebuah parti dalam gabungan tersebut, Parti Bersatu, apabila ada wakil rakyat, setiausaha politik keluar daripada parti itu, untuk menjadi agen supaya rakyat tidak bersatu, apabila mereka menentang calon-calon gabungan itu termasuk juga parti rakan gabungan itu, Barisan Nasional (BN).
Memang GRS sebagai blok politik baharu perlu masa dan ujian sepanjang jalan untuk benar-benar kukuh dan mantap.
Parti politik adalah organisasi sukarela, hanya mereka yang benar tangguh dan berjiwa kental boleh bertahan, sebab itu, mereka yang oportunis, akan tidak dapat bertahan, kerana mereka ini cukup mudah percaya pada guruh dilangit lalu air di tempayan dicurahkan.
Sebab itu, ada lah perkara biasa, apabila pilihan raya menjelang, sana-sana sini kita mendengar, sekumpulan ahli parti politik keluar-masuk, kerana kategori sedemikian lah yang termasuk kumpulan oportunis, mengambil peluang dan kesempatan, kerana dalam suasana pilihan raya, ada parti mengharapkan persepsi untuk menggambarkan parti ada sokongan.
Bagi pandangan penulis, setiap parti dalam suasana krtikal, perlu memperkuatkan Pusat Daerah Mengundi (PDM)masing-masing, mengenal pasti setiap pengundi, berbanding sibuk melayan keluar-masuk ahli-ahli baharu, apatah lagi “ahli-ahli” baharu itu kononnya daripada parti rakan. Tindakan sebgini, sebenarnya bukan lah strategi untuk menang, akan tetapi strategi “senjata makan tuan”.
Setiap jentera parti yang diberi tugasan di masing-masing PDM, setidak-tidaknya bukan sahaja mempunyai senarai pengundi, akan tetapi telah mengenalpasti profile mereka, kecenderungan mereka, selain kategori, apa kah putih, kelabu ataupun merah. Apa yang paling mustahak, mereka yang berkategori putih hendaklah diberi layanan seperti menatang minyak yang penuh, kerana golongan ini lah penentu sebenarnya, menang atau kalah. Bagi golongan kelabu adalah golongan oportunis, tersalah langkah boleh menjadi setitik nila yang boleh merosakan susu sebelanga. Fikir-Fikirkan
Add Comment