Home » Parti mewakili kaum tidak semestinya mendapat sokongan majoriti kaum yang diwakili
Politik Sudut Pandangan

Parti mewakili kaum tidak semestinya mendapat sokongan majoriti kaum yang diwakili

Suatu masa dahulu, parti seperti LDP, SAPP, MCA dan Gerakan pernah disokong kaum cina, kerana boleh menang di kawasan majoriti kaum itu, akan tetapi, keadaan telah berubah, kaum cina tidak lagi menyokong, sebaliknya sokongan diberikan pada Parti DAP- Pakatan Harapan (PH) - Suara Rakyat.

ADA pemimpin bertanya, apakah  Parti LDP dan SAPP komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak mewakili kaum cina?. Pertanyaan juga apakah MCA komponen BN tidak mewakili kaum cina atau Gerakan komponen Perikatan Nasional (PN) tidak mewakili kaum cina?

Hakikat perlu diterima, parti yang mengwakili kaum tertentu tidak semestinya mendapat sokongan daripada kaum yang diwakili.

Memang betul, suatu masa dahulu, parti seperti LDP, SAPP, MCA dan Gerakan pernah disokong kaum cina, kerana boleh menang di kawasan majoriti kaum itu, akan tetapi, keadaan telah berubah, kaum cina tidak lagi menyokong, sebaliknya sokongan diberikan pada Parti DAP- Pakatan Harapan (PH).

Naratif Malaysian Malaysia, asas parti DAP, hanya pada kaum melayu (pemimpin Umno) atau pemimpin bumiputera berDNA Umno.

Kini, naratif Malaysian Malaysia semakin kendur, kerana semua parti utama pernah bekerjasama dengan DAP, kecuali Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dalam konteks Sabah, sokongan kaum cina, kekal dengan Parti DAP atau parti yang bersama parti itu. Tiada mana-mana parti tempatan atau nasional dapat mengubah sokongan kaum itu  pada senario hari ini, sekalipun, mana-mana tokoh kaum itu menyokong  mana-mana parti selain daripada DAP atau PH.

Penulis sebagai penulis kaki lima, saban hari duduk dengan ramai orang-orang cina (pengundi, bukan pemimpin), daripada 10 orang, jarang-jarang dapat satu menyokong parti selain parti DAP atau PH, di kawasan majoriti kaum itu. Lain keadaannya di kawasan di mana kaum itu minoriti, mereka menyokong parti yang boleh membentuk kerajaan.

Dalam konteks GRS, parti seperti LDP dan SAPP jangan berangan untuk menang di kawasan majoriti kaum cina, sekalipun 100% pengundi kaum lain mengundi.

Pada PRN-16, di DUN Luyang (majoriti kaum cina), calon DAP yang menggunakan LOGO Warisan mendapat lebih 90 peratus daripada pengundi yang keluar mengundi, sedangkan pada PRN tersebut parti seperti LDP dan PN (diwakili SAPP) turut bertanding dan semuanya hilang wang pertaruhan, kerana masing-masing hanya dapat undi 989 (PN), 279 (LDP) berbanding calon DAP 15,510 undi. Menerusi keputusan tersebut, jelas, parti yang mewakili kaum cina, tidak semestinya mendapat sokongan, melainkan parti yang mereka sokong, dan kebetulan juga mewakili kaum itu.

Bertegas mengunakan pendekatan parti tempatan/lokal di kawasan majoriti kaum cina, lalu meletakan calon menentang DAP atau PH bukan sahaja buang masa, akan tetapi sia-sia. Lagi pun tindakan seperti itu lebih banyak membawa kemudaratan pada kestabilan politik.

Pendapat penulis apapun ideologi parti yang disokong kaum cina asalkan tidak menjadi asas kerajaan yang disokong, menunjukkan masing-masing pihak menerima perbezaan pendapat, pun demikian memajukan dan membangun negeri dan rakyat tetap menjadi keutamaan.

Lebih setengah abad pemimpin Umno menjadikan ideologi Parti DAP Malaysian Malaysia, sebagai faktor utama menentang parti itu, apa kesudahannya? Kini Umno bersama dengan parti itu.

Parti dalam PH seperti PKR dan Amanah, apa kah pemimpin melayu dalam parti itu kurang melayu atau kurang semangat bumiputera berbanding parti-parti lain? Jawapannya tidak, atas sebab itu ada kaum melayu menyokong pada PRU-14 dan PRU-15.

Ambil iktibar pada tindakan Tun Dr Mahathir yang mana suatu ketika diberi gelaran ultra melayu, apa kesudahannya? Akhirnya bersama DAP pada PRU-14.

Dalam konteks Sabah, yang mana senario politik yang sangat rencam, mengabaikan parti yang ramai sokongan dan memilih parti yang ditolak oleh kaum yang diwakili tidak relevan lagi pada era ini. Era ini, pemimpin yang mampu menyatukan atau membawa parti-parti yang ramai penyokong untuk bekerjasama atau berkolaborasi, adalah pemimpin perlu disokong, kerana apabila parti-parti yang ramai penyokong atau kuat bekerjasama, maka tentunya kestabilan politik terwujud, dan pada gilirannya pemerintahan akan aman-aman.

Apabila pemerintahan aman-aman, maka mereka yang diberi tanggungjawab memajukan dan membangun negeri dapat menumpukan masa dan tenaga dalam rangka menunaikan amanah dan tanggungjawab. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah pendapat peribadi beliau dan bukan mencerminkan pandangan Sabah Baru News.

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment