Home » Usul lulus supaya Gulam dicalonkan semula
Berita Tempatan Politik

Usul lulus supaya Gulam dicalonkan semula

CALONKAN SEMULA: Tiga sayap Wanita, Pemuda dan Beliawaniis meluluskan usul supaya Gulam dicalonkan semula di kawasan DUN Kawang.

PAPAR: Mesyuarat agung tahunan kedua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Kawang meluluskan usul supaya wakil rakyat sekarang, Dato Sri Gulam Haidar Khan Bahadar, dicalonkan semula dalam pilihan raya negeri akan datang.

Gulam yang juga penyandang kerusi DUN Kawang adalah Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kawang.

Usul berkenaan diluluskan sebulat suara dalam persidangan serentak ketiga-tiga sayap itu di Dewan SMK Pengalat, di sini pada Ahad.

Ia adalah satu daripada tiga usul yang diluluskan.

Usul pertama ialah menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri merangkap Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor, dan Gulam selaku Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Kawang.

Manakala usul kedua meminta kementerian berkaitan dan pihak berkuasa tempatan menyediakan pelan pembangunan sistematik di Bahagian Kawang, bagi mengelak masalah jangka panjang berkaitan sistem perparitan, pembentungan dan sebagaiya.

Usul ketiga menyokong penuh usaha pimpinan kerajaan negeri dalam menuntut hak-hak terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment