Home » Pentadbiran 26 bulan oleh Warisan memudaratkan kemajuan Sabah, rakyat Sabah wajar tolak Warisan
Politik Sudut Pandangan

Pentadbiran 26 bulan oleh Warisan memudaratkan kemajuan Sabah, rakyat Sabah wajar tolak Warisan

Pengalaman 26 bulan diperintah Parti Warisan yang dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal jangan berulang lagi, kerana dalam tempoh itu berbagai polisi yang dibuat telah memudaratkan pentadbiran, hampir memusnahkan perekonomian negeri, dan yang paling malang usaha agresif mengubah demografi Sabah.

RAKYAT Sabah perlu menoktahkan pertukaran kerajaan, kerana kesan pertukaran kerajaan telah membantutkan kemajuan dan pembangunan negeri.

Setiap pertukaran kerajaan polisi juga bertukar, sehinggakan ada kerajaan mentadbir negeri seperti kerana mendapat bunga, seperti tikus membaiki labu.

Pengalaman 26 bulan diperintah Parti Warisan yang dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal jangan berulang lagi, kerana dalam tempoh itu berbagai polisi yang dibuat telah memudaratkan pentadbiran, hampir memusnahkan perekonomian negeri, dan yang paling malang usaha agresif mengubah demografi Sabah.

Catitan sejarah yang tidak mungkin dilupakan oleh rakyat Sabah, apabila Sabah hampir tergadai, kerana Shafie membuka jalan pewaris Sultan Sulu menuntut pampasan AS15 bilion, malah penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa telah mengeluarkan Award Akhir.

Selepas kerajaan GRS (kini GRS-PH Plus) mengambil alih kerajaan pada September 2020, dalam tempoh 4 tahun, perekonomian negeri telah berjaya dipulihkan. Ekonomi Sabah selain terkesan oleh pandemik Covid-19 juga disebabkan oleh pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Warisan yang lemah.

Kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebaik dilantik telah memperkenalkan Halatuju Sabah Maju Jaya.

Pencapaian halatuju itu cukup hebat, apabila kutipan hasil negeri terus meningkat, dan untuk pertama kali melepasi angka RM5 bilion pada tahun 2021, kemudiannya melepasi angka RM6bilion pada tahun berikutnya, dan tahun 2024 kebarangkalian tinggi melepasi angka RM7bilion.

Kutipan hasil tinggi membolehkan kerajaan berbelanja untuk kepentingan rakyat, antaranya menerusi pengwujudan syarikat-syarikat baharu, membina pusat perniagaan baharu, selain menaik taraf kemudahan awam, kemudahan asas, juga dapat menambahkan dana untuk pembangunan modal insan, iaitu bantuan pada pelajar di semua peringkat.

Memandangkan PRN-17 semakin dekat, parti-parti seperti Barisan Nasional, Parti Warisan dan Perikatan Nasional mencuba berbagai cara untuk mempengaruhi rakyat Sabah menukar kerajaan.

Kata peribahasa rakyat jangan terperangkap seperti anjing mengonggong tulang dengan bayang-bayang, kerana keadaan serupa telah berlaku 6 kali, iaitu 6 kali pertukaran kerajaan, akhirnya rakyat yang menerima kesannya.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment